awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran hentikan trafik kapal tangki di Selat Hormuz susulan serangan Israel ke atas Lubnan
100 lokasi di Lubnan jadi sasaran Israel dalam tempoh 10 minit
Harga minyak di pam tidak turun, ikut bekalan semasa harga minggu lepas - MOF
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fenomena air pasang besar landa Kuala Kedah, air laut cecah 2.92m

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
11/10/2022
01:40 MYT
Fenomena air pasang besar landa Kuala Kedah, air laut cecah 2.92m
Air mulai naik dan memasuki kawasan penduduk di sepanjang persisir pantai bermula jam 1.15 pagi dan perlahan-lahan surut jam 2.30 pagi. - Foto APM
ALOR SETAR: Fenomena air pasang besar sekali lagi melanda Kuala Kedah sehingga air laut mencecah setinggi 2.92 meter, awal pagi Selasa.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kota Setar, Kapten (PA) Norlizawati Ismail berkata, bacaan paras air laut itu yang tertinggi setakat ini dicatatkan berlaku berbanding sebelum ini.
“Air mulai naik dan memasuki kawasan penduduk di sepanjang persisir pantai bermula jam 1.15 pagi dan perlahan-lahan surut jam 2.30 pagi.
"Langkah keselamatan telah diambil APM dengan menempatkan anggota untuk melakukan pemantauan di kawasan ‘hotspot’ seperti Terminal Feri Kuala Kedah, Taman Seri Putra, Pasar Kota Marina dan Kampung Tepi Laut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Anggota APM akan melakukan pemantauan di kawasan 'hotspot'. - Foto APM
Anggota APM akan melakukan pemantauan di kawasan 'hotspot'. - Foto APM
Sementara itu, bimbang berlakunya banjir akibat pertembungan air laut dan sungai ini APM turut mengambil langkah aktif dengan melakukan pemantauan di beberapa sungai utama di daerah ini yang berisiko berlakunya banjir.
Norlizawati berkata, hanya dua rumah di Kampung Alor Gunong terjejas namun air kembali surut sejam kemudian.
Topic Berkaitan
#air pasang besar
#air laut
#Norlizawati Ismail
#persisir pantai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan