awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fenomena air pasang besar: "Nak tidur pun risau," keluh penduduk kampung

Sharom Abu Bakar
Sharom Abu Bakar
20/12/2017
21:12 MYT
Fenomena air pasang besar: "Nak tidur pun risau," keluh penduduk kampung
Ombak besar tersebut turut membawa timbunan pasir sehingga ke dalam kediaman penduduk yang rata-rata bekerja sebagai nelayan. - Gambar fail
Fenomena air pasang besar yang melanda Kampung Geliga Baru di Kemaman disifatkan penduduk sebagai yang terburuk pernah dialami mereka.
Kejadian itu telah menyebabkan sebahagian rumah mereka musnah dan juga kerosakan kepada peralatan elektrik dan perabot.
Selain itu, ombak besar tersebut turut membawa timbunan pasir sehingga ke dalam kediaman penduduk yang rata-rata bekerja sebagai nelayan.
Suri rumah Hashimah Othman berkata, disebabkan kerisauan tersebut, dia dan keluarga sentiasa berjaga-jaga ketika musim ini.
"Nasib baik ketika ombak melanda ada jiran tetangga membantu mengangkat perkakas dalam rumah seperti mesin basuh dan peti ais.
"Kami di sini nak tidur pun risau kerana ombak terlalu tinggi," katanya.
Kebimbangan Hashimah turut dikongsi penduduk kampung lain yang juga mendakwa benteng pemecah ombak yang dibina beberapa tahun lalu di perkampungan bersebelahan mereka turut menyumbang kepada faktor utama ombak membadai kampung mereka.
Oleh itu, para penduduk berharap tindakan segera dapat diambil bagi menyelamatkan kampung mereka yang semakin lenyap ditelan hakisan dan ombak besar setiap tahun.
Sebelum ini, puluhan keluarga di kawasan berkenaan telah dipindahkan dan diberikan penempatan baharu oleh kerajaan negeri selepas rumah mereka musnah dilanda ombak besar setiap tahun.
Topic Berkaitan
#air pasang
#kampung
#Kemaman
#ombak
#rumah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan