awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hamzah lepas jawatan Ketua Pembangkang, PN bakal umum pengganti
Iran keluar amaran berhubung Selat Hormuz selepas Trump umum rancangan sekatan laut
Tragedi pelajar maut di Kota Bharu perlu jadi iktibar, elak kecuaian - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FGV akan diperkukuh, jadi pemangkin generasi peneroka - Ahmad Zahid

GSF 2.0: Ahmad Faezal
GSF 2.0: Ahmad Faezal
16/02/2026
10:37 MYT
FGV akan diperkukuh, jadi pemangkin generasi peneroka - Ahmad Zahid
FGV memainkan peranan yang amat signifikan dalam ekosistem pembangunan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan kesejahteraan warga peneroka, kata Ahmad Zahid.
FGV Holdings Bhd (FGV) akan terus diperkukuh sebagai institusi yang mampan, progresif serta menjadi pemangkin kemakmuran generasi peneroka hari ini dan masa hadapan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata usaha berkenaan akan digerakkan dengan komitmen semua pihak terlibat.
“FGV memainkan peranan yang amat signifikan dalam ekosistem pembangunan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan kesejahteraan warga peneroka.
“Justeru, kerjasama erat, tadbir urus yang mantap serta pendekatan strategik yang berpaksikan keberhasilan mesti terus diperkukuh agar setiap keputusan yang dibuat benar-benar memberi nilai kepada rakyat,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook beliau, hari ini.

Terdahulu, Ahmad Zahid mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat FGV di Wisma FGV, di sini, untuk bertemu dan berdialog secara langsung bersama pengurusan tertinggi syarikat berikutan beliau menggalas amanah baharu untuk mengelola dan memantau urusan Felda serta FGV.
Beliau berkata lawatan itu memberi ruang kepadanya untuk melihat sendiri perkembangan semasa, memahami cabaran dihadapi serta meneliti hala tuju strategik yang sedang dirangka bagi memastikan institusi penting itu terus kukuh, berdaya saing dan memberi manfaat besar kepada peneroka serta ekonomi negara.
Topic Berkaitan
#FGV Felda
#Ahmad Zahid Hamidi
#Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah
#Felda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan