awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Fidget Spinner': KP tunggu laporan penuh sebelum kenakan tindakan

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
12/05/2017
09:03 MYT
'Fidget Spinner': KP tunggu laporan penuh sebelum kenakan tindakan
Laporan lebih lanjut diperlukan kerana gajet itu baru sahaja berada di pasaran dan masih belum diketahui kesan penggunaanya, sama ada boleh mengundang bahaya kepada pengguna atau pun tidak. - Foto pixabay.com
Kementerian Pendidikan akan menunggu laporan daripada pihak berkepentingan terlebih dahulu sebelum memutuskan sebarang tindakan berhubung penggunaan gajet 'fidget spinner' yang kini menjadi fenomena dalam kalangan pelajar sekolah.
Jelas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, ini kerana gajet itu baru sahaja berada di pasaran dan masih belum diketahui kesan penggunaannya, sama ada boleh mengundang bahaya kepada pengguna atau pun tidak.
Beliau bercakap demikian selepas merasmikan Kem Sayangi Hidup Elak Derita Selamanya (Shields) bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaaan (Aadk) peringkat kebangsaan di sini, siang tadi.
Terdahulu, beliau diminta mengulas laporan media mengenai bahaya penggunaan 'fidget spinner' yang berkemungkinan boleh mendatangkan kecederaan dan dieksploitasi menjadi senjata berbahaya, serta saranan kepada Kementerian Pendidikan agar fenomena itu diawasi supaya tidak menjejaskan sesi pembelajaran.
Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya mahu jalinan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) diperluaskan ke peringkat daerah dan akar umbi dalam usaha mengurangkan masalah penyalahgunaan dadah dalam kalangan pelajar.
"Sekarang ini di peringkat kebangsaan kita sudah ada NBOS sedemikian sebab itu kita mahu ia diperluaskan ke peringkat akar umbi, misalnya apabila AADK dan polis sudah kenal pasti lokasi panas, kita akan panggil kesemua pihak ini untuk membincangkan apakah langkah yang perlu kita ambil," katanya.
Mengikut rekod, sebanyak 1,017 sekolah menengah yang terletak di 178 kawasan berisiko tinggi terhadap penyalahgunaan dadah sudah dikenal pasti setakat ini.
Topic Berkaitan
#Kementerian Pendidikan
#Mahdzir Khalid
#pelajar
#pendidikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan