awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebakaran hutan berlaku di Taman Puncak Jalil, operasi pemadaman giat dijalankan
Dasar bekerja dari rumah tidak ganggu pergerakan ekonomi negara - Akmal Nasrullah
Amaran ribut petir, hujan lebat di KL, Putrajaya, Labuan dan 11 negeri hingga 2 pagi - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Filipina terima lebih 22 juta liter diesel dibeli kerajaan

Bernama
Bernama
26/03/2026
14:34 MYT
Filipina terima lebih 22 juta liter diesel dibeli kerajaan
Dalam hantaran Facebook pada Khamis malam, Jabatan Tenaga (DOE) memaklumkan yang kira-kira 142,000 tong diesel itu diperoleh di bawah Program Keterjaminan Tenaga Kecemasan.

Kira-kira 22.58 juta liter diesel dihantar ke Filipina bagi menambah bekalan domestik ketika negara itu berdepan cabaran susulan konflik di Asia Barat, lapor Agensi Berita Filipina (PNA).

Dalam hantaran Facebook pada Khamis malam, Jabatan Tenaga (DOE) memaklumkan, kira-kira 142,000 tong diesel itu diperoleh di bawah Program Keterjaminan Tenaga Kecemasan, yang diperuntukkan sebanyak 20 bilion peso (AS$360 juta).
Program itu merupakan sebahagian langkah kerajaan selaras dengan pengeluaran Perintah Eksekutif (EO) 110, yang mengisytiharkan darurat tenaga negara susulan kesan konflik berterusan di Asia Barat.
Kerajaan Filipina menyasarkan untuk memperoleh sehingga dua juta tong bekalan bahan api tambahan melalui Philippine National Oil Corporation (PNOC) dan PNOC Exploration Corporation (PNOC EC).
“DOE akan terus memberi tumpuan kepada peningkatan bekalan bahan api domestik. Penghantaran segera diesel ini adalah sebahagian daripada usaha untuk mengelakkan gangguan terhadap perjalanan, pekerjaan dan kehidupan harian rakyat Filipina,” kata Setiausaha DOE Sharon Garin.
Garin, menerusi laman Facebook peribadinya berkata, ketibaan diesel itu merupakan penghantaran pertama dari luar negara dan berkata lebih banyak penghantaran akan tiba dalam beberapa hari atau minggu akan datang.
“Kami berusaha untuk ini selama tiga minggu, jadi bagi saya, ia kelihatan seperti kapal paling indah pernah dilihat,” katanya.
-- BERNAMA-PNA
Topic Berkaitan
#Filipina
#diesel
#Bekalan Domestik
#darurat tenaga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan