awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan nafi hantar 329,000 tong diesel ke Filipina, jangan buat spekulasi - MTEN
Bekalan bahan api negara masih stabil - Fuziah
Angka korban di Gaza meningkat kepada 72,328 sejak Oktober 2023
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Forum Perdana Ehwal Islam kupas krisis global, beri pencerahan kepada rakyat - Zulkifli

Bernama
Bernama
09/04/2026
14:07 MYT
Forum Perdana Ehwal Islam kupas krisis global, beri pencerahan kepada rakyat - Zulkifli
Zulkifli berkata forum tersebut dianjurkan secara khusus untuk meningkatkan kefahaman rakyat terhadap cabaran global dan langkah yang perlu diambil dalam mendepaninya. - Foto BERNAMA
Forum Perdana Hal Ehwal Islam bertajuk “Satu Saf: Mendepani Cabaran Global” anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama 13 agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berlangsung malam Khamis bagi memberi pencerahan kepada masyarakat mengenai krisis tenaga global serta impaknya kepada negara.
Perbincangan itu menampilkan Presiden dan Naib Canselor Universiti Selangor (UNISEL) Prof Emeritus Datuk Mohammad Redzuan Othman serta Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid, manakala penceramah Mohd Hariri Daud bertindak sebagai moderator.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Hasan berkata forum tersebut dianjurkan secara khusus untuk meningkatkan kefahaman rakyat terhadap cabaran global dan langkah yang perlu diambil dalam mendepaninya.
"Forum ini turut bertujuan menyampaikan mesej kepada rakyat agar lebih berhemat dalam perbelanjaan serta bersedia menghadapi cabaran ekonomi semasa," katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat maghrib, bacaan Yasin dan solat hajat secara berjemaah sempena Program Solat Hajat dan Forum Perdana Hal Ehwal Islam di sini pada Khamis.
Kira-kira 5,000 jemaah menyertai majlis itu yang dipimpin oleh Imam Besar Masjid Putra Muhamad Zakuwa Rodzali, sebelum disusuli dengan solat isyak dan Forum Perdana Hal Ehwal Islam.
Zulkifli berkata dalam forum itu, umat Islam turut diingatkan agar tidak menyebarkan berita palsu serta perkara berbentuk hasutan yang boleh menanam kebencian dalam keadaan krisis yang sedang dilalui ini ketika ini.
"Kita ingin mengajak seluruh rakyat Malaysia bersatu padu dan bersatu hati mendepani ujian ini, insya-Allah kita dapat melaluinya," katanya sambil menambah forum tersebut menggabungkan kupasan geopolitik Asia Barat dan ekonomi bagi memberi dimensi baharu kepada masyarakat.
Selain itu, Zulkifli berkata penganjuran solat hajat bertujuan memohon kesejahteraan negara serta keamanan dunia dalam menghadapi cabaran semasa akibat krisis tenaga global susulan konflik Asia Barat.
“Kita juga buat solat hajat ini bagi memperingati saudara kita di Gaza yang diuji Allah SWT. Maknanya, kita jaga negara kita dan kita juga mengingati saudara-saudara kita di sana,” katanya.
Katanya solat hajat akan diteruskan esok selepas solat Jumaat di masjid di bawah kelolaan JAKIM serta Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), selain turut menggalakkan untuk dianjurkan di masjid lain di seluruh negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Forum Perdana Ehwal Islam
#krisis global
#Zulkifli Hasan
#JAKIM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan