awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Gadis belon' mengaku tidak bersalah

Astro Awani
Astro Awani
23/09/2015
13:31 MYT
'Gadis belon' mengaku tidak bersalah
Bilqis, 36 tahun, yang dikenali sebagai "Gadis Belon" itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan majistret Nur Azura Murah. - Gambar Fail
Bilqis Hijjas, gadis yang melepaskan belon berwarna kuning di sebuah pusat membeli belah pada 31 Ogos lalu, didakwa pada Rabu atas tuduhan berkelakuan menghina bagi membangkitkan kemarahan.
Bilqis, 36 tahun, yang dikenali sebagai "Gadis Belon" itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan majistret Nur Azura Murah.
Bagi kesalahan itu, Bilqis didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 yang boleh dikenakan denda sehingga RM100 jika sabit kesalahan.
Peguam Michelle Yesudas memohon mahkamah menetapkan jaminan antara RM100 dan RM150 terhadap anak guamnya.
Majistret kemudian membenarkan Bilqis diikat jamin RM500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Oktober untuk sebutan semula kes.
Keluarga tertuduh membayar jaminan terbabit.
Bilqis didakwa berkelakuan dengan cara menghina yang bertujuan membangkitkan kemarahan di mana keamanan mungkin terganggu di pusat beli-belah, di aras 5, Pavillion, Jalan Bukit Bintang, pada pukul 3.15 petang, 31 Ogos lalu.
Topic Berkaitan
#belon
#BILQIS HIJJAS
#Gadis Belon
#Michelle Yesudas
#Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1995
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan