awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Gadis IS' seorang yang peramah dan bijak - Rakan

Astro Awani
Astro Awani
20/02/2015
12:14 MYT
'Gadis IS' seorang yang peramah dan bijak - Rakan
Suspek pernah memberitahu seorang rakan bahawa beliau mahu mendalami Islam di sebuah Madrasah di Kuala Lumpur. - Gambar Hiasan
Rakan seorang gadis yang ditahan polis akibat terpengaruh untuk menyertai kumpulan pengganas Negara Islam (IS) terkejut selepas mengetahui perkara berkenaan.
Muhd Khairi Samsuri yang ditemui di Parit Unas, Muar menyifatkan suspek seorang yang peramah dan bijak dalam pelajaran.
Malah, suspek turut menunjukkan minat mendalam untuk menguasai beberapa bahasa asing seperti Mandarin dan Rusia selain mendalami ilmu agama.
Biarpun tidak begitu rapat dengan suspek, namun kali terakhir mereka bertemu semasa menghadiri ceramah agama di Surau Parit Unas, awal tahun ini.
Suspek turut pernah memberitahunya untuk mendalami Islam di sebuah Madrasah di Kuala Lumpur.
Muhd Khairi memberitahu, rakannya itu pernah tinggal di kampung yang sama dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Parit Bakar, Muar.
Sementara itu, bapa saudara suspek, Azman Said menjelaskan beliau tidak pernah menyangka anak saudaranya itu boleh terpengaruh dengan kumpulan fahaman ekstremis terbabit.
Katanya, hubungan kekeluargaan mereka agak baik selain menyifatkan anak sulung daripada tiga beradik itu seorang peramah dan sudah kehilangan ibunya yang meninggal dunia sejak beberapa tahun lalu.
Terdahulu, pada 18 Februari lalu, sepasukan polis dari bahagian anti-pengganas, cawangan khas Bukit Aman menahan seorang remaja perempuan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur yang dipercayai merancang untuk berkahwin dengan pelajar Malaysia di mesir sebelum menyertai IS.
Suspek berusia 14 tahun itu dikesan terpengaruh dengan kumpulan itu selepas berinteraksi dengan dua individu di laman sosial Facebook sebelum nekad ke luar negara untuk menyertai IS.
Topic Berkaitan
#IS
#Muar
#Muhd Khairi Samsuri
#Parit Unas
#Pengganas Negara Islam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan