awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China terbit kertas dasar keselamatan negara Hong Kong selepas hukuman penjara Jimmy Lai
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gaduh guna senjata, tiga lelaki ditahan

Sinar Harian
Sinar Harian
05/12/2023
03:10 MYT
Gaduh guna senjata, tiga lelaki ditahan
Tangkap layar video pergaduhan yang tular di media sosial. Gambar kecil: Raub. - Foto Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Polis menahan tiga lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dalam insiden pergaduhan berkumpulan menggunakan senjata tajam di hadapan sebuah premis di sini pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kesemua suspek berusia 26 hingga 28 tahun itu ditahan dalam serbuan di dua lokasi berbeza sekitar jam 1.45 hingga 3 petang.
"Hasil semakan rekod lampau mendapati ketiga-ketiga suspek mempunyai satu rekod dadah, empat rekod jenayah dan satu rekod senarai hitam jenayah.
"Beberapa barang turut dirampas antaranya telefon bimbit, beg galas, sebilah parang dan sebuah kereta.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.
Terdahulu, tular video berdurasi satu minit 49 saat di Facebook memaparkan pergaduhan sekumpulan lelaki.
Raub berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku pada jam 12.48 malam, Isnin.
Jelasnya, sehingga kini polis masih lagi mengesan beberapa suspek lain yang terlibat dalam insiden pergaduhan itu.
"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi talian hotline IPD JBS di talian 07-2182323," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#video tular
#gaduh
#senjata tajam
#Raub Selamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan