awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gagal lapor SPRM: Lima kakitangan Kementerian Kewangan didenda

Fareez Azman
Fareez Azman
02/12/2020
05:41 MYT
Gagal lapor SPRM: Lima kakitangan Kementerian Kewangan didenda
Kesemua tertuduh berusia lingkungan 32 hingga 39 tahun bergred W19 dan W29 membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Manira Mohd Nor. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR:Lima kakitangan Unit Pendaftaran Syarikat Kementerian Kewangan (MOF) masing-masing didenda RM1,500 hingga RM2,000 selepas mengaku bersalah atas tuduhan gagal melaporkan kesalahan penyogokan kepada SPRM berkaitan pendaftaran akaun baharu e-perolehan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Rabu.
Mereka membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Manira Mohd Nor.
Mengikut pertuduhan, kesemua mereka didapati telah ditawarkan suapan berjumlah RM200 hingga RM600 dari orang tengah bagi tujuan mempercepatkan proses Permohonan Baru Akaun Kementerian Kewangan untuk beberapa syarikat melalui sistem e-Perolehan.
Kesemua tertuduh berusia lingkungan 32 hingga 39 tahun bergred W19 dan W29 itu didapati bersalah di bawah Seksyen 25 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 25 (2) Akta yang sama kerana gagal melaporkan sogokkan itu kepada SPRM.
Dalam pada itu, Hakim Manira Mohd Nor ketika membacakan hukuman turut berharap hukuman denda yang dikenakan sebagai memberi pengajaran kepada semua penjawat awam agar tidak terlibat dalam kegiatan rasuah.
"Mahkamah menyatakan kepada kamu bahawa perbuatan kamu dan semua tertuduh yang didapati bersalah tadi. Walaupun jumlah diambil agak sedikit tetapi dia bermula dari akar umbi yang mana akan bawa kemusnahan kepada keluarga kamu sendiri.
"Saya harap kamu insaf selepas ini, di tempat kerja kamu seterusnya membawa kerosakan masyarakat. Dengan jumlah kecil itu, jangan dianggap bukan kesalahan. Ia adalah kesalahan yang besar, pada masa akan datang....mahkamah berharap hukuman ini memberi satu pengisafan kepada kamu semua," jelas Manira.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Wan Shaharuddin Wan Ladin dan Francine Cheryl Rajendram manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Mohd Shahrullah Khan Nawab Zadah Khan dan Muhammad Aizat Fakri.
Topic Berkaitan
#SPRM
#Mahkamah Sesyen
#Kementerian Kewangan
#Malaysia
#Kuala Lumpur
#Bumiputera
#penjawat awam
#Rasuah
#kakitangan Kementerian Kewangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan