awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gagal potong lori, ibu dan bayi dua tahun maut dalam kemalangan

Bernama
Bernama
06/04/2014
12:38 MYT
Gagal potong lori, ibu dan bayi dua tahun maut dalam kemalangan
Lori yang terbabit dengan kemalangan bersama mangsa - Foto Bernama
Seorang wanita dan anak perempuannya maut selepas kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori di KM47 Jalan Teluk Intan-Sitiawan di sini petang semalam.
Dalam kejadian pada 5 petang itu, mangsa dikenali sebagai Nurzuraiyanie Habil, 30, dan Iman Nur Qurratunnisa Muhammad Syafie, 2, meninggal dunia di tempat kejadian.
Sementara seorang lagi anak mangsa Muhammad Iman Qashrin, 5, tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata kereta jenis Proton Saga BLM yang dipandu Nurzuraiyanie dari arah Teluk Intan menghala ke Sitiawan dipercayai cuba memotong kenderaan di hadapannya sebelum bertembung sebuah lori yang datang dari arah bertentangan.
"Kereta yang dipandu mangsa telah berpusing beberapa kali dan terbakar manakala lori itu telah terbabas ke bahu kiri jalan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Goh berkata pemandu lori berusia 37 tahun itu tidak sempat mengelak memandangkan jarak yang terlalu dekat dan mengakibatkan kedua-dua kenderaan itu bertembung.
Katanya ketiga-tiga beranak yang berada di dalam kereta itu berjaya dikeluarkan dengan bantuan pihak bomba dan orang ramai.
Goh berkata kedua-dua mangsa yang maut dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat manakala pemandu lori dan anak mangsa yang terselamat dirawat di hospital sama.
"Hasil bedah siasat yang dilakukan, Nurzuraiyanie mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian anggota badan manakala anaknya mengalami kecederaan parah di kepala selain melecur teruk," katanya.
Topic Berkaitan
#kemalangan jalan raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan