awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gangguan bekalan air di Klang, Shah Alam mulai malam ini

Bernama
Bernama
14/10/2020
15:12 MYT
Gangguan bekalan air di Klang, Shah Alam mulai malam ini
Air Selangor akan menutup bekalan air pada 10.30 malam ini bagi melaksanakan kerja-kerja pembaikan paip pecah. -Gambar fail
KUALA LUMPUR:Sebanyak 15 kawasan di Wilayah Klang/Shah Alam akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula malam ini hingga petang esok susulan kejadian paip pecah berhampiran pencawang elektrik di Jalan Bukit Raja, Klang, Selangor.
Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri berkata berikutan kejadian paip pecah ini, Air Selangor akan menutup bekalan air pada 10.30 malam ini bagi melaksanakan kerja-kerja pembaikan paip pecah itu dan dijangka akan siap pada 9.30 pagi esok.
"Kawasan yang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual ini iaitu Batu Belah, Sungai Putus, Teluk Kapas, Sementa, Perepat, Jalan Kapar Batu 1-8 dan Klang Utama, Bandar Klang (Batu 1-3 Jalan Meru), Bandar Baru Klang, Taman Berkley/ Eng Ann dan Jalan Goh Hock Huat.
"Selain itu, kawasan lain yang turut terjejas iaitu Bandar Sultan Sulaiman, Jalan Pelabuhan Utara, Pelabuhan Utara, Sungai Sireh, Seri Perantau, Kampung Keretapi, Jalan Limbungan dan Jalan Shahbandar," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata bekalan air di kawasan yang terjejas dijangka pulih sepenuhnya pada 5.30 petang, esok.
"Para pengguna akan menerima bekalan air secara berperingkat berdasarkan jarak premis dan tekanan air apabila ia disalurkan semula setelah kerja-kerja pembaikan siap dilaksanakan sepenuhnya.
"Air Selangor akan memaklumkan perkembangan kerja-kerja pembaikan paip pecah itu dari semasa ke semasa melalui semua saluran komunikasi rasmi Air Selangor di Facebook, Twitter dan Instagram, serta aplikasi telefon pintar Air Selangor dan laman sesawang kami di www.airselangor.com," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekalan air
#Klang
#shah alam
#gangguan bekala air
#paip pecah
#bukit raja
#Air Selangor
#pemulihan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan