awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Garis panduan bantu lancarkan proses pendaftaran sekolah agama persendirian - Mohd Zawawi

Hilmi Malik
Hilmi Malik
27/06/2023
14:37 MYT
Garis panduan bantu lancarkan proses pendaftaran sekolah agama persendirian - Mohd Zawawi
Kerajaan Negeri Selangor akan mewujudkan satu garis panduan bagi melancarkan proses pendaftaran sekolah agama persendirian di negeri ini yang berdepan beberapa kekangan. - Astro AWANI
SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor akan mewujudkan satu garis panduan bagi melancarkan proses pendaftaran sekolah agama persendirian di negeri ini yang berdepan beberapa kekangan.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Agama Islam Negeri Selangor, Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata, proses berkenaan perlu disegerakan bagi memastikan jadual peperiksaan murid tidak terkesan.
“Saya akan bawa perkara ini ke pihak yang lebih tinggi untuk kita memberi lanjutan pendaftaran dan juga garis panduan bagi memudahkan sekolah-sekolah ini didaftarkan dengan pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
“Alhamdulillah, pertemuan pagi ini berjalan dengan baik dan harapan kami di pihak kerajaan negeri agar anak-anak yang belajar di sekolah persendirian ini yang jumlahnya hampir 30,000 orang, mereka juga perlu mendapat perkhidmatan pendidikan yang terbaik di negeri Selangor,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat beberapa badan bukan kerajaan (NGO) di sini pada Selasa.
Sebelum ini, Selangor mengumumkan untuk melaksanakan proses pemutihan terhadap sekolah agama persendirian atau tahfiz di negeri berkenaan.
Bagaimanapun, Mohd Zawawi menafikan tindakan sedemikian sebagai usaha untuk menghalang proses dakwah, sebaliknya ia merupakan tindakan untuk menjaga kualiti dan taraf pendidikan institusi itu.
Terdahulu, beliau hadir mempengerusikan mesyuarat bersama beberapa gabungan NGO antaranya Persatuan Gabungan Sekolah Islam Negeri Selangor (GASIS).
Pertemuan itu juga telah membincangkan beberapa cadangan bagi menyelesaikan segala isu yang berbangkit dalam usaha memastikan institusi berkenaan kekal beroperasi di Selangor.
Topic Berkaitan
#Mohd Zawawi Ahmad Mughni
#JAIS
#sekolah agama persendirian
#tahfiz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan