awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gaum buat laporan polis berhubung dakwaan pesawat persendirian

Bernama
Bernama
16/11/2017
23:00 MYT
Gaum buat laporan polis berhubung dakwaan pesawat persendirian
ZULKARNAIN: Sepatutnya, Mohd Azis membuat kajian terperinci dan memiliki fakta yang sahih terlebih dahulu sebelum membuat serangan berunsur politik terhadap Ketua Menteri. - Gambar fail
Gerakan Akar Umbi UMNO Malaysia (Gaum) akan membuat laporan polis terhadap Ketua Pemuda Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Mohd Azis Jamman yang mendakwa seorang pegawai tinggi dalam kerajaan negeri memiliki sebuah pesawat persendirian.
Pengerusi Gaum Datuk Zulkarnain Mahdar berkata Mohd Azis telah bertindak salah dengan menabur fitnah kononnya pesawat jenis Gulfstream G200 itu dimiliki Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman, walaupun Sabah Air Aviation Sdn Bhd (Sabah Air) telah menjelaskan pesawat itu miliknya.
"Penjelasan oleh Sabah Air bahawa Gulfstream G200 itu sebenarnya milik dan dikendalikan syarikat itu jelas menunjukkan kualiti yang sangat rendah cara berpolitik dan bekerja Ketua Pemuda Warisan.
"Sepatutnya, beliau (Mohd Azis) perlu membuat kajian terperinci dan perlu memiliki fakta yang sahih terlebih dahulu, sebelum membuat serangan berunsur politik terhadap Ketua Menteri.
"Bukannya mengutip bukti daripada Facebook milik orang lain dan menjadikannya sebagai satu bukti," katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#fitnah
#GAUM
#Mohd Azis Jamman
#Musa Aman
#pesawat
#Warisan
#Zulkarnain Mahdar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan