awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FBI sebar imej individu bertopeng dalam siasatan kehilangan ibu Savannah Guthrie
Iran tutup perniagaan swasta selepas protes besar-besaran
Atlet biathlon Norway raih gangsa, akui curang secara langsung di TV
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gelembung pelancongan antarabangsa Langkawi: Titik berat aspek komunikasi, perincian maklumat

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
23/10/2021
12:14 MYT
Gelembung pelancongan antarabangsa Langkawi: Titik berat aspek komunikasi, perincian maklumat
Shamsul Bahari berpendapat masih ada ruang untuk penambahbaikan, terutama dalam hal membabitkan pengurusan maklumat dan komunikasi serta tahap kesiapsiagaan semua pihak terlibat. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Prosedur operasi standard (SOP) bagi pelaksanaan gelembung pelancongan antarabangsa untuk projek rintis Pulau Langkawi dilihat sudah lengkap merangkumi aspek sebelum, semasa dan selepas.
Namun Pakar Pengurusan Risiko Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan Universiti Malaysia Sabah, Prof Madya Shamsul Bahari Shamsudin berpendapat masih ada ruang untuk penambahbaikan, terutama dalam hal membabitkan pengurusan maklumat dan komunikasi serta tahap kesiapsiagaan semua pihak terlibat.
"Mungkin kerajaan boleh beri penekanan terhadap konteks SOP itu sendiri seperti meningkatkan ketepatan dan perincian maklumat, terutama ciri tracking managament system yang sudah ada dalam MySejahtera, tetapi ia harus diguna dan dilaksanakan dengan sebaik mungkin oleh pelancong.
"Pelancong diwajibkan muat turun aplikasi MySejahtera, tetapi kementerian dan pihak pengurusan maklumat kena pastikan ketepatan dan perincian maklumat dikawal dengan baik," katanya ketika muncul dalam Buletin AWANI, hari ini.
Dalam masa yang sama, katanya fasiliti kesihatan di Pulau Langkawi juga perlu sentiasa dalam tahap kesiasiagaan yang paling tinggi.
Katanya, ini termasuklah kakitangan dan pengusaha perkhidmatan pelancongan yang perlu mempunyai disiplin dan bersedia dengan sebarang kemungkinan.
"Elemen komunikasi juga perlu diberi perhatian dan diperkasakan, iaitu bagaimana mahu memastikan pengurusan komunikasi yang berkesan, bagaimana mahu sampaikan maklumat risiko yang tepat kepada pelancong dan penduduk tempatan.
"Hal ini penting kerana ia akan mempengaruhi perjalanan aktiviti pelancong, kita tidak mahu ada cerita yang digembar-gemburkan, diputar belit atau berita palsu yang akan mengganggu perjalanan keseluruhan sistem," ujarnya.
Kerajaan telah menetapkan beberapa prosedur operasi standard (SOP) bagi membenarkan pelancong antarabangsa bercuti di Pulau Langkawi, bermula 15 November ini.
Penilaian akan dilakukan bagi projek rintis tersebut selama tiga bulan, sebelum dilaksanakan di pulau-pulau peranginan serta kawasan pelancongan yang lain.
Pelancongan Langkawi | Ketibaan pelancong antarabangsa, apa persediaan?
Topic Berkaitan
#Langkawi
#pelancongan antarabangsa
#SOP
#penambahbaikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan