awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
3 pelajar sekolah diberkas curi tabung surau
Pakistan hantar jet pejuang ke Arab Saudi di tengah gencatan senjata AS–Iran yang rapuh
Parlimen Iraq pilih ahli politik Kurdistan, Nizar Amedi sebagai Presiden
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gelombang haba: Sekolah di Punjab, Pakistan ditutup selama 7 hari

Bernama
Bernama
21/05/2024
10:00 MYT
Gelombang haba: Sekolah di Punjab, Pakistan ditutup selama 7 hari
Keadaan kering dan gelombang haba yang melampau boleh mencetuskan kebakaran belukar dan hutan di kawasan-kawasan terdedah di Punjab dan bahagian lain di negara Asia Selatan itu. - Gambar hiasan
ISLAMABAD: Berikutan peningkatan suhu dan gelombang haba di wilayah Punjab, timur Pakistan, semua sekolah awam dan swasta akan ditutup selama tujuh hari dari 25 hingga 31 Mei, menurut pihak berkuasa tempatan pada Isnin, lapor Xinhua.
"Bagaimanapun, sekolah-sekolah dibenarkan untuk meneruskankan peperiksaan seperti yang dijadualkan, dengan langkah berjaga-jaga yang perlu untuk memastikan keselamatan pelajar," kata jabatan pendidikan sekolah Punjab dalam satu pemberitahuan.
Jabatan Meteorologi Pakistan (PMD) pada minggu lepas berkata berikutan kehadiran tekanan tinggi di bahagian atas atmosfera, keadaan gelombang haba berkemungkinan berkembang di kebanyakan bahagian negara, terutamanya di Punjab dan wilayah selatan Sindh mulai 21 Mei.
Keadaan itu dijangka berubah menjadi gelombang haba yang teruk pada 23-27 Mei.
PMD turut menasihatkan orang ramai untuk mengelak daripada terdedah kepada cahaya matahari secara langsung dan menggunakan air secara berhemah dalam semua aspek kehidupan.
Keadaan kering dan gelombang haba yang melampau boleh mencetuskan kebakaran belukar dan hutan di kawasan-kawasan terdedah di Punjab dan bahagian lain di negara Asia Selatan itu.
-- BERNAMA
Dapatkan tip menghadapi cuaca panas dan info empangan di sini
Topic Berkaitan
#cuaca panas
#Pakistan
#tutup sekolah
#Punjab
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan