awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa bumi: Ahmad Zahid ucap takziah kepada Myanmar

Bernama
Bernama
28/03/2025
14:45 MYT
Gempa bumi: Ahmad Zahid ucap takziah kepada Myanmar
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merakamkan ucapan setinggi-tinggi takziah dan simpati kepada rakyat Myanmar susulan gempa bumi kuat yang melanda negara itu baru-baru ini dan meragut nyawa secara tragis serta mengakibatkan kemusnahan. - FB Zahid Hamidi
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merakamkan ucapan setinggi-tinggi takziah dan simpati kepada rakyat Myanmar susulan gempa bumi kuat yang melanda negara itu baru-baru ini dan meragut nyawa secara tragis serta mengakibatkan kemusnahan.
Beliau turut menyatakan solidariti Malaysia dengan rakyat Myanmar dan mereka yang terjejas akibat bencana itu.
"Doa dan ingatan kami bersama-sama mangsa, keluarga mereka dan komuniti yang berdepan kehilangan serta kemusnahan. Kami mendoakan agar rakyat Myanmar diberikan kekuatan, ketabahan dan keselamatan pada masa yang sukar ini.
"Semoga usaha menyelamat serta bantuan dijalankan dengan pantas dan berkesan... semoga mereka yang memerlukan menerima bantuan dan sokongan tepat pada masanya," kata beliau dalam hantaran di laman Facebook hari ini.
Kajian Geologi Amerika Syarikat melaporkan satu gempa bumi kuat bermagnitud 7.7 melanda Myanmar pada kedalaman 10 kilometer dan beberapa minit kemudian, gempa susulan berukuran 6.4 pada Skala Richter melanda kawasan yang sama.
Gegaran kedua-dua gempa turut dirasai di Chiang Mai, Bangkok dan Ho Chi Minh City.
Di Myanmar, media tempatan melaporkan bahawa keadaan darurat telah diisytihar di wilayah Sagaing, Mandalay, Magway, Bago, Negeri Shan Timur serta ibu kota Naypyidaw dan pada masa sama, pihak berkuasa terus menilai tahap kerosakan.
Di Thailand, laporan menunjukkan bahawa sistem transit utama termasuk MRT, BTS dan Airport Rail Link di Bangkok terpaksa dihentikan susulan gegaran itu.
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra telah mengisytiharkan darurat di Bangkok dan penilaian kerosakan masih dijalankan.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan bahawa susulan gempa bumi kuat tersebut, beberapa negeri di Semenanjung merasai gegaran.
Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami ke atas Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gempa bumi Myanmar
#Ahmad Zahid Hamidi
#takziah
#solidariti Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan