awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tersalah tekan pedal minyak kereta punca pelajar tingkatan satu maut dilanggar - Polis
Iran sahkan lebih 3,300 terkorban sepanjang konflik enam minggu
Sultan Mizan berkenan terima menghadap Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa bumi gegarkan sebahagian Greece, tiada kemalangan jiwa dilaporkan

Bernama
Bernama
08/03/2026
10:18 MYT
Gempa bumi gegarkan sebahagian Greece, tiada kemalangan jiwa dilaporkan
Gempa bumi berukuran 5.3 magnitud menggegarkan sebahagian barat laut Greece dan wilayah di sekitar pulau percutian popular negara itu, Corfu pada awal Ahad.

Gempa bumi berukuran 5.3 magnitud menggegarkan sebahagian barat laut Greece dan wilayah di sekitar pulau percutian popular negara itu, Corfu pada awal Ahad, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Menurut Institut Geodinamik Universiti Athens, gegaran sederhana itu berlaku pada kira-kira 5.32 pagi (0332 GMT).

Media Greece melaporkan bahawa gempa itu turut dirasai di selatan Albania.

Pusat gempa tersebut berada di tanah besar berhampiran ibu kota wilayah Ioannina pada kedalaman kira-kira 10 kilometer. Banyak susulan gempa yang lebih kecil menyusul kemudian.

Ramai penduduk tersentak dari tidur dan berlari keluar dari rumah mereka. Media tempatan melaporkan terdapat gangguan bekalan elektrik sementara di beberapa wilayah. Terdapat juga kejadian tanah runtuh kecil.

Tiada kecederaan atau kerosakan ketara pada bangunan dilaporkan pada awalnya, kata pakar gempa bumi Efthymios Lekkas kepada televisyen Greece ERTNews.

-- BERNAMA-dpa

Topic Berkaitan
#Greece
#gempa bumi
#Corfu
#magnitud
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan