awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan nafi hantar 329,000 tong diesel ke Filipina, jangan buat spekulasi - MTEN
Bekalan bahan api negara masih stabil - Fuziah
Angka korban di Gaza meningkat kepada 72,328 sejak Oktober 2023
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa bumi landa Maluku Barat Daya, Laut Banda; tiada ancaman tsunami

Bernama
Bernama
03/03/2026
01:47 MYT
Gempa bumi landa Maluku Barat Daya, Laut Banda; tiada ancaman tsunami
Gempa bumi itu berlaku pada 12.40 tengah malam, dengan pusat gempa terletak kira-kira 43 km di barat laut kabupaten berkenaan pada kedalaman 91 km.
Gempa bumi bermagnitud 5.0 melanda bahagian barat laut Kabupaten Maluku Barat Daya di Maluku pada awal pagi Selasa, dengan pihak berkuasa mengesahkan tiada ancaman tsunami.
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia (BMKG) menyatakan gempa bumi itu berlaku pada 12.40 tengah malam, dengan pusat gempa terletak kira-kira 43 kilometer (km) di barat laut kabupaten berkenaan pada kedalaman 91 km.
Agensi itu turut melaporkan satu lagi gempa bumi berasingan bermagnitud 5.1 melanda wilayah Laut Banda pada waktu sama. Gegaran itu direkodkan pada 7.82 darjah Latitud Selatan dan 127.75 darjah Longitud Timur pada kedalaman 102 km.
BMKG memberi jaminan kepada orang ramai bahawa tiada sebab untuk bimbang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#Maluku
#tsunami
#Laut Banda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan