awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
Kekurangan air meruncing di Bandaraya Gaza meskipun saluran bekalan utama dibuka semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempar! Mayat lelaki ditemui terapung di Sungai Labuk

Ridzal Abdullah
Ridzal Abdullah
02/12/2019
09:17 MYT
Gempar! Mayat lelaki ditemui terapung di Sungai Labuk
Pihak polis daerah Beluran berkata, pihaknya menerima makluman awam kira-kira jam 6 petang, pada Ahad, selepas menerima makluman awam berhubung penemuan mayat terapung. - Foto Astro AWANI Sabah
Gempar!
Mayat seorang lelaki ditemui terapung di Sungai Labuk, dekat kawasan Sungai Sapi, pada Isnin.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, identiti mayat yang tidak sempurna berkenaan belum dikenal pasti.
Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda, berkata pihaknya menerima makluman awam kira-kira jam 6 petang, pada Ahad, selepas menerima makluman awam berhubung penemuan mayat terapung.
“Orang awam memaklumkan terlihat mayat terapung di Sungai Labuk dekat Kampung Bambangan.
“Sejurus itu, sepasukan anggota dari Balai Polis Tagas-Tagas bergegas menjalankan pencarian namun gagal menemui mayat terbabit berikutan faktor cuaca gelap dan arus sungai yang deras.
“Pada jam 7 malam, Ahad, pencarian kemudiannya ditangguhkan dan disambung semula pada jam 7 pagi Isnin,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Isnin.
Menurut Kasim, pada jam 11 pagi mayat berkenaan ditemui terapung di kawasan Sungai Sapi lalu dihantar ke bilik mayat Hospital Beluran untuk dibedah siasat.
“Setakat ini identiti mayat belum dikenalpasti dan dipercayai meninggal dunia lebih 72 jam.
“Polis juga tiada menerima sebarang laporan orang hilang. Justeru, kami meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga agar tampil membuat laporan,” katanya.
Topic Berkaitan
#Hospital Beluran
#jenayah
#Kampung Bambangan
#mayat lelaki
#polis
#Sungai Labuk
#Sungai Sapi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan