awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga minyak susut susulan harapan konflik Asia Barat hampir tamat
Lebih 40 peratus pelaburan baharu diagihkan keluar kawasan Perak Perdana
Semua mangsa nahas helikopter ditemui di Sekadau, Kalimantan Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gencatan senjata di Lubnan berkuat kuasa, Trump dakwa perjanjian dengan Tehran hampir muktamad

Astro AWANI
Astro AWANI
17/04/2026
00:13 MYT
Gencatan senjata di Lubnan berkuat kuasa, Trump dakwa perjanjian dengan Tehran hampir muktamad
Penduduk pulang ke kediaman mereka menaiki kenderaan yang sarat dengan barangan di atas bumbung, susulan gencatan senjata selama 10 hari antara Lubnan dan Israel yang mula berkuat kuasa, di Sidon, Lubnan. - Foto REUTERS
Gencatan senjata selama 10 hari antara Israel dan Lubnan mula berkuat kuasa pada Khamis, beberapa jam selepas ia diumumkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Trump berkata perjanjian itu melibatkan Hezbollah, dan turut mendedahkan bahawa Perdana Menteri Israel dan Presiden Lubnan berkemungkinan mengadakan pertemuan di Washington dalam tempoh satu atau dua minggu akan datang.
Bagaimanapun, Israel terus melancarkan serangan udara ke atas selatan Lubnan dalam jam-jam terakhir sebelum gencatan senjata bermula.
Menurut pihak berkuasa Lubnan, angka korban akibat serangan Israel meningkat kepada 2,196 orang setakat Khamis.
Gencatan senjata berkenaan disambut baik oleh beberapa negara di rantau itu, termasuk Iran, Qatar dan Jordan, yang menyifatkannya sebagai langkah penting ke arah meredakan ketegangan serantau.
Dalam masa yang sama, Trump berkata AS berada “sangat hampir” untuk memeterai perjanjian dengan Iran, sambil memaklumkan satu lagi rundingan antara kedua-dua negara mungkin diadakan hujung minggu ini.
Beliau turut mendakwa Iran telah bersetuju untuk tidak memiliki senjata nuklear, dan perjanjian yang sedang dirundingkan itu akan meliputi tempoh melebihi 20 tahun.
Di Washington, Markas Pemerintahan Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) memaklumkan bahawa pasukan AS telah mematahkan atau mengarah pulang 14 kapal dalam tempoh 72 jam sejak sekatan Washington ke atas pelabuhan Iran mula berkuat kuasa.
Dalam perkembangan politik domestik, Dewan Perwakilan AS menolak usaha Parti Demokrat untuk mengehadkan kuasa Presiden Trump dalam melancarkan tindakan ketenteraan terhadap Iran.
Perkembangan itu berlaku ketika pentadbiran Trump terus mempertahankan pendekatan tegasnya di Asia Barat, walaupun berdepan tekanan daripada sebahagian ahli politik dan masyarakat antarabangsa.
Topic Berkaitan
#gencatan senjata
#Donald Trump
#perjanjian
#Iran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan