awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga minyak susut susulan harapan konflik Asia Barat hampir tamat
Lebih 40 peratus pelaburan baharu diagihkan keluar kawasan Perak Perdana
Semua mangsa nahas helikopter ditemui di Sekadau, Kalimantan Barat

Gencatan senjata Lubnan sudah termasuk dalam perjanjian awal AS–Iran

Astro AWANI
Astro AWANI
16/04/2026
20:51 MYT
Gencatan senjata Lubnan sudah termasuk dalam perjanjian awal AS–Iran
Baqai menekankan kepentingan pengunduran penuh tentera Israel dari selatan Lubnan. - Foto X/@Iran_in_India
Iran mendakwa bahawa gencatan senjata melibatkan Lubnan sudah menjadi sebahagian daripada perjanjian awal antara Iran dan Amerika Syarikat (AS), yang dirundingkan dengan pengantaraan Pakistan.
Jurucakap Kementerian Luar Iran, Ismail Baqai, berkata Tehran sejak awal menegaskan keperluan gencatan senjata serentak di seluruh rantau itu, termasuk di Lubnan.
Beliau turut menyuarakan solidariti Iran terhadap rakyat dan kerajaan Lubnan, sambil menekankan kepentingan pengunduran penuh tentera Israel dari selatan Lubnan, walaupun Perdana Menteri Israel dilaporkan enggan berbuat demikian.
Selain itu, Baqai menyeru pembebasan semua tahanan, kepulangan penduduk yang dipindahkan ke kediaman masing-masing serta menghargai peranan Pakistan dalam membantu menjayakan perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Lubnan yang sedang berkuat kuasa.
Kenyataan itu dibuat ketika usaha diplomatik antarabangsa dipergiatkan bagi meredakan ketegangan dan mengelakkan konflik yang lebih meluas di Asia Barat.
Topic Berkaitan
#konflik Asia Barat
#Iran
#gencatan senjata
#lubnan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.