awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
Raja Charles sedia bantu polis siasat dakwaan Andrew kongsi dokumen sulit dengan Epstein
Air Canada gantung penerbangan ke Cuba susulan kekurangan bahan api jet
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Geng curi kenderaan, pecah premis diberkas

Sinar Harian
Sinar Harian
02/02/2022
22:45 MYT
Geng curi kenderaan, pecah premis diberkas
Kesemua individu berusia dalam lingkungan 30-an itu ditahan secara berasingan di Taman Kasturi Cheras dan Persiaran Tasik Kesuma Beranang. -Gambar hiasan
KAJANG: Seramai empat individu termasuk dua wanita ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes curi kenderaan dan pecah premis perniagaan, di sini, pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, kesemua individu berusia dalam lingkungan 30-an itu ditahan secara berasingan di Taman Kasturi Cheras dan Persiaran Tasik Kesuma Beranang.
"Kita telah menemui sebuah van jenis Toyota Vanette dan dua motosikal jenis Honda EX5.
"Hasil pemeriksaan mendapati kesemua kenderaan itu dilaporkan hilang di Kajang dan Batu 14 di sini," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Mohd Zaid berkata, pihaknya juga menemui peralatan dapur di dalam van berkenaan yang disyaki hasil kegiatan jenayah pecah premis perniagaan.
"Kesemua individu itu telah dibawa ke Balai Polis Kajang untuk tindakan selanjutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan," katanya.
Mohd Zaid menasihatkan orang ramai, sekiranya terdapat sebarang maklumat jenayah atau kemalangan boleh disalurkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang atau balai polis berhampiran.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#curi kenderaan
#pecah premis perniagaan
#Mohd Zaid Hassan
#Taman Kasturi Cheras
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan