awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
Raja Charles sedia bantu polis siasat dakwaan Andrew kongsi dokumen sulit dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Ghost Train" mudahkan perjalanan pelajar pedalaman ke sekolah

Bernama
Bernama
11/01/2026
03:30 MYT
"Ghost Train" mudahkan perjalanan pelajar pedalaman ke sekolah
'Ghost Train' menjadi nadi pengangkutan utama pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong. - Gambar/ Bernama
KUALA KRAI: Tren pagi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Stesen Keretapi Kuala Gris, atau lebih dikenali sebagai Ghost Train, hari ini dipenuhi pelajar yang menetap di kawasan pedalaman untuk memulakan perjalanan harian mereka ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong pada hari pertama sesi persekolahan bagi tahun ini.

Ringkasan AI
  • Tren pagi KTMB di Stesen Keretapi Kuala Gris, atau Ghost Train, dipenuhi pelajar kawasan pedalaman ke SMK Dabong pada hari pertama sesi persekolahan.
  • Gelaran Ghost Train bukan lagi misteri tetapi nadi pengangkutan utama pelajar, memudahkan pergerakan dan menjimatkan kos harian keluarga.
  • Penggunaan perkhidmatan KTMB membantu pelajar belajar berdikari sambil menikmati perjalanan yang selamat dan menyenangkan setiap pagi.

Gelaran Ghost Train sudah lama menjadi sebutan penduduk dan pelajar kerana kemunculan penuh "misteri" kereta api berkenaan di sebalik kabus tebal pada waktu pagi yang hening sebelum "hilang" ditelan kabus itu di sepanjang landasan.
Namun, bagi pelajar, tren itu bukan lagi sesuatu yang "misteri", sebaliknya menjadi nadi pengangkutan utama yang mereka nantikan seawal 6.15 pagi setiap hari untuk ke sekolah yang mengambil masa kira-kira 15 hingga 20 minit.
Penggunaan perkhidmatan KTMB sebagai pengangkutan harian itu bukan sahaja memudahkan pergerakan mereka yang menetap di kawasan pedalaman seperti Kuala Gris, Bukit Abu dan Ulu Temiang, di sini, tetapi juga menjadikan perjalanan mereka lebih teratur, selamat dan konsisten.
Sebelum ini, kebanyakan ibu bapa perlu menghantar anak mereka ke sekolah menggunakan motosikal atau menumpang kenderaan jiran, yang melibatkan penggunaan minyak, risiko cuaca dan masa perjalanan yang agak panjang.
Bagaimanapun, selepas pas percuma untuk pelajar bagi tempoh setahun diperkenalkan pada 2023, perkhidmatan tren itu membantu keluarga menjimatkan kos harian, selain pelajar juga dapat belajar berdikari.
Bagi pelajar tingkatan satu, Nur Adriana Amani Mohd Zulkifli, 13, perjalanan menaiki tren ke sekolah menengah itu memberikan pengalaman baharu buatnya yang sebelum ini bergantung pada keluarga untuk menghantarnya ke sekolah kebangsaan.
"Pertama kali (saya menaiki tren ke sekolah) ... lebih mudah dan dapat menjimatkan kos serta masa. Saya juga dapat belajar mengurus masa dan bergerak sendiri serta rasa selamat menaiki tren," katanya kepada pemberita pada Program KTMB Santuni Pelajar Wilayah Pantai Timur bersempena dengan Pembukaan Sekolah Sesi 2026 di sini hari ini.
Muhammad Mifzal Azfar Abdul Hafiz, 16, yang telah menggunakan perkhidmatan itu sejak tingkatan satu berkata walaupun perlu bangun lebih awal, rutin menaiki tren setiap pagi menyeronokkan kerana suasananya menyenangkan.
"Saya mengambil peluang sepanjang perjalanan untuk menenangkan fikiran, menikmati pemandangan pagi dari tingkap tren, serta mempersiapkan diri sebelum memulakan sesi pembelajaran di sekolah," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ghost Train
#KTMB
#Stesen Keretapi Kuala Gris
#Dabong
#pelajar sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan