awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hamzah lepas jawatan Ketua Pembangkang, PN bakal umum pengganti
Iran keluar amaran berhubung Selat Hormuz selepas Trump umum rancangan sekatan laut
Tragedi pelajar maut di Kota Bharu perlu jadi iktibar, elak kecuaian - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gitar Gibson Les Paul ’59 milik Slash bakal dilelong, dijangka raih hingga £300,000

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
31/03/2026
05:24 MYT
Gitar Gibson Les Paul ’59 milik Slash bakal dilelong, dijangka raih hingga £300,000
Instrumen itu telah disahkan melalui padanan foto (photo-matched) sebagai gitar yang digunakan Slash sepanjang siri jelajah dunia Not In This Lifetime pada 2016. -Gambar fail
Gitar ikonik Gibson Les Paul ’59 Custom Shop yang pernah digunakan pemain gitar utama Guns N’ Roses, Slash, bakal dilelong pada harga sehingga £300,000 (kira‑kira RM1.6 juta).
Gitar berkenaan merupakan antara barangan utama dalam acara Propstore Music Live Auction yang akan berlangsung pada 30 April.
Instrumen itu telah disahkan melalui padanan foto (photo-matched) sebagai gitar yang digunakan Slash sepanjang siri jelajah dunia Not In This Lifetime pada 2016.
Siri jelajah berkenaan mencatatkan sejarah tersendiri apabila menyaksikan penyatuan semula ahli asal kumpulan itu iaitu Slash, Axl Rose dan Duff McKagan di atas pentas buat kali pertama sejak tahun 1993.
Sebagai nilai tambah, gitar tersebut turut disertakan dengan tandatangan peribadi legenda rock itu.
Pakar lelongan di Propstore menganggarkan nilai instrumen itu berada dalam julat antara £150,000 hingga £300,000 (kira‑kira RM800,000 - RM1.6 juta).
Selain gitar Slash, acara itu menawarkan lebih 400 lot memorabilia muzik lain dengan nilai keseluruhan dianggarkan berjumlah £1.5 juta (kira‑kira RM8 juta).
Antara barangan lain yang mencuri tumpuan termasuk jaket kulit 'La Rocka' milik George Michael daripada video muzik Faith serta poster promosi album Double Fantasy yang ditandatangani John Lennon beberapa jam sebelum kematiannya pada 1980.
Topic Berkaitan
#SLASH
#Guns N’ Roses
#Gibson Les Paul
#Propstore Auction
#Not In This Lifetime
#muzik rock
#memorabilia muzik
#lelongan London
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan