awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

GMMF kutuk insiden serangan di Indonesia

Bernama
Bernama
16/05/2018
21:35 MYT
GMMF kutuk insiden serangan di Indonesia
Nasharudin berkata apa jua tindakan keganasan adalah tidak wajar dilakukan dan penyerang tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana agama. - Gambar fail
Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMMF) pada Rabu mengutuk sekeras-kerasnya siri serangan pengecut oleh pengganas di Indonesia.
Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif GMMF, Datuk Dr Nasharudin Mat Isa, dalam kenyataan di sini, berkata perbuatan keji itu menyebabkan banyak kecederaan dan membawa kesengsaraan kepada orang awam serta anggota pasukan penguatkuasa undang-undang.
"Setakat ini, enam orang terbunuh dalam rusuhan di sebuah penjara pada 9 Mei, manakala 25 orang maut akibat serangan terhadap gereja dan ibu pejabat polis di Surabaya pada 13 dan 14 Mei. Terbaru, lima orang terbunuh dan banyak lagi yang cedera dalam serangan terhadap balai polis di Pekanbaru pagi ini." katanya.
Nasharudin berkata apa jua tindakan keganasan adalah tidak wajar dilakukan dan penyerang tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana agama.
"GMMF ingin menyeru semua pengamal kesederhanaan daripada semua agama di dunia supaya menyokong usaha kami untuk memerangi dan mencegah keganasan serta ekstremisme melampau, termasuk melalui usaha memupuk sikap kesederhanaan dan kewujudan secara bersama.
"Kami mengutuskan simpati mendalam dan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan kerajaan Indonesia." katanya.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#daish
#gereja
#GMMF
#insiden
#militan
#pengganas
#serangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan