awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
Konflik Asia Barat: Sekarang masa tepat 'tekan' Israel, perkukuh sokongan Palestin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Godam mesin ATM, PDRM mohon bantuan Interpol

Bernama
Bernama
03/11/2014
08:05 MYT
Godam mesin ATM, PDRM mohon bantuan Interpol
PDRM telah memohon bantuan Interpol di Perancis untuk membantu berhubung kes godam 17 mesin ATM di empat buah negeri September lalu. -Gambar fail
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memohon bantuan Interpol di Perancis untuk membantu berhubung kes menggodam 17 buah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di empat buah negeri September lalu.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (Siber dan Multimedia) PDRM, SAC Mohd Kamarudin Md Din berkata pihaknya telah menghantar 'notis ungu' kepada Interpol bagi mendapatkan kerjasama dalam memperoleh maklumat termasuk modus operandi, prosedur dan tempat persembunyian penjenayah terbabit.
"Kita mohon kerjasama Interpol kerana kita percaya penjenayah telah melarikan diri ke luar negara dan kini dalam persembunyian," katanya kepada Bernama.
Kes penggodaman tersebut membabitkan empat buah perbankan di ibu negara, Selangor, Melaka dan Johor Baharu dengan anggaran kerugian melebihi RM3 juta yang dipercayai dilakukan sindiket warga negara Amerika Latin.
Sindiket dipercayai menyuntik virus malware 'ulssm.exe' dengan memasukkan cakera padat (CD) ke dalam pembaca cakera padat (CD-ROM) yang terdapat di dalam mesin-mesin berkenaan.
Kaedah itu dilaporkan mampu menipu sistem pengkomputeran bank sebelum wang di dalam ATM dikeluarkan menggunakan panel kekunci dengan memasukkan kod tertentu yang diterima melalui panggilan telefon daripada rakan anggota sindiket.
Bagaimanapun kehilangan wang dari mesin ATM itu tidak melibatkan wang pemilik akaun.
Topic Berkaitan
#ATM
#godam
#Interpol
#notis ungu
#PDRM
#ulssm.exe
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan