awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ETCon26 pacu pelaksanaan pelan peralihan tenaga negara
MFL rancang pertemuan meja bulat bersama semua CEO kelab Liga-M
Konflik Asia Barat: KKM pastikan keterjaminan bekalan ubat, peranti perubatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Golongan B40 di Sarawak dipelawa memohon SRAS

Bernama
Bernama
21/07/2021
04:53 MYT
Golongan B40 di Sarawak dipelawa memohon SRAS
SRAS kini dibuka kepada mereka yang kini menyewa di sekitar bandar Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri. - Gambar fail
KUCHING: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) Sarawak mempelawa golongan B40 berpendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,131 sebulan untuk memohon Skim Bantuan Sewa Kediaman (SRAS).
Ketua Pegawai Eksekutif HDC Sarawak Mohamad Asman Ahmad berkata, SRAS adalah skim bantuan sewa sebanyak RM200 sebulan selama 36 bulan yang diumumkan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam Belanjawan Negeri Sarawak 2021.
"SRAS kini dibuka kepada mereka yang kini menyewa di sekitar bandar Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, skim ini juga dijangka dapat memanfaatkan kira-kira 20,000 isi rumah yang layak terutama golongan berpendapatan rendah dan terkesan disebabkan pandemik COVID-19.
"Permohonan SRAS adalah terbuka untuk warganegara Malaysia khasnya anak Sarawak. Peserta yang tersenarai di dalam sistem e-kasih dan/atau pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,131 sebulan juga dialu-alukan memohon," katanya
Pemohon boleh mendapatkan maklumat dan memuat turun borang permohonan SRAS secara percuma di laman web HDC http://hdc.sarawak.gov.my atau menghubungi Ibu Pejabat HDC Kuching di talian 082-444381 atau 082-443681 untuk sebarang pertanyaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sarawak
#B40
#isi rumah
#Skim Bantuan Sewa Kediaman
#SRAS
#bantuan sewa
#COVID-19
#pandemik
#HDC
#Mohamad Asman Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan