awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Good Star Ltd bukan milik Jho Low - Hasan Arifin

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
28/05/2016
13:26 MYT
Good Star Ltd bukan milik Jho Low - Hasan Arifin
HASAN: Ini kerana Bank Negara Malaysia sendiri menyatakan maklumat yang diberikan (kepada PAC) adalah bertaraf risikan - Hasan Arifin. Foto Astro AWANI / Shahir Omar
Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Hasan Arifin menafikan syarikat Good Star Ltd yang dikaitkan dalam skandal 1MDB adalah milik Low Taek Jho.
Dalam satu kenyataan media, Hasan berkata tindakan akhbar The Wall Street Journal (WSJ) mengaitkan hartawan yang dikenali sebagai Jho Low adalah tidak tepat.
"Ini kerana Bank Negara Malaysia sendiri menyatakan maklumat yang diberikan (kepada PAC) adalah bertaraf risikan.
"PAC bukan badan perisikan dan maklumat yang diterima mestilah sahih dan benar," katanya.
Hasan berkata maklumat diberi Bank Negara tidak boleh dimasukkan ke laporan PAC kerana ia bercanggah dengan tugas dan tanggungjawab agensi berkenaan, serta boleh menimbulkan prejudis terhadap pelbagai pihak.
"Selain itu, Bank Negara sendiri sudah menyatakan siasatan terhadap 1MDB sudah selesai dan syarikat berkenaan sudah dikenakan kompaun secara pentadbiran.
"PAC juga telah membentangkan laporan (siasatan mereka) ke parlimen. Oleh itu perkara ini telah selesai dan tidak perlu dipolitikkan," katanya.
Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memaklumkan Gabenor Bank Negara Datuk Muhammad Ibrahim membuat laporan polis terhadap WSJ ekoran pendedahan dokumen diklasifikasikan sebagai sulit mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Dokumen itu didakwa surat daripada Bank Negara kepada Hasan untuk memaklumkan kaitan antara Jho Low dan syarikat Good Star Ltd.
Sementara itu, WSJ mempertahankan laporannya yang didakwa dibuat secara bertanggungjawab dan demi kepentingan awam.
Topic Berkaitan
#Akta Rahsia Rasmi
#Bank Negara
#Hasan Ariffin
#Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara
#Jho Low
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan