awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Syarikat perlombongan Kanada sahkan pekerja diculik ditemui mati di Mexico
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Google Chrome kelak mungkin tidak lagi terpasang dalam peranti Android

Amanz
Amanz
11/03/2025
05:00 MYT
Google Chrome kelak mungkin tidak lagi terpasang dalam peranti Android
DOJ mengarahkan Google untuk mengasingkan Chrome daripada Android dan Play Store serta menjual Chrome. -Amanz
TAHUN lepas, Google didapati mengamalkan perniagaan dengan cara monopoli oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) pada enjin carian mereka Search.

Ringkasan AI
  • DOJ mengarahkan Google untuk mengasingkan Chrome daripada Android dan Play Store serta menjual Chrome.
  • Tujuannya adalah untuk membuka persaingan yang lebih sihat dan memberi kebebasan kepada pengguna memilih pelayar web.
  • Google dijangka memberi maklum balas minggu ini, sementara nasib projek sumber terbuka Chromium masih tidak diketahui.

Disebabkan perkara ini, Google diarahkan untuk mengasingkan Chrome daripada Android dan Play Store.
Bukan itu sahaja, Google turut diarahkan untuk menjual Chrome dan terbaharu – DOJ menegaskan sekali lagi yang perkara ini perlu dilakukan.
DOJ menyatakan Google harus melakukan perkara ini kerana Chrome adalah perkara penting untuk pengguna melakukan carian.
Dengan menjual Chrome, ia membuka kepada pesaing untuk bersaing secara lebih sihat. Peranti turut akan tidak lagi mempunyai Chrome sebagai pelayar web lalai yang sedia terpasang.
Pengguna turut mempunyai kebebasan memuat turun pelayar web kegemaran mereka dan tidak terus menggunakan Chrome yang biasanya sedia terpasang dalam kebanyakan peranti Android.
Google dijangka akan mengeluarkan memberi maklum balas pada minggu ini. Buat masa sekarang, Google tidak lagi perlu menjual Android tetapi perlu mengubah cara ia beroperasi.
Hanya jika didapati Android menghalang sistem operasi pesaing untuk bersaing, tindakan akan diambil.
Kemudian, jika Chrome dijual – nasib Chromium yang berada di bawah projek sumber terbuka tidak diketahui. Banyak pelayar web pihak ketiga yang ingin bersaing dengan Chrome menggunakan Chromium. -Amanz
Topic Berkaitan
#Android
#Google
#Chromium
#DoJ
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan