awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
Raja Charles sedia bantu polis siasat dakwaan Andrew kongsi dokumen sulit dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Google Gemini tampil ciri pilihan suara berbeza tidak lama lagi

Amanz
Amanz
27/06/2024
11:33 MYT
Google Gemini tampil ciri pilihan suara berbeza tidak lama lagi
Google akan membenarkan pengguna memilih suara untuk Gemini melalui Gemini Voice. -Amanz
SECARA berperingkat, Google Gemini mula menerima banyak ciri yang sudah lama disokong pada Google Assistant.
Diharapkan tidak lama lagi dua pembantu ini akan bergabung menjadi satu untuk penggunaan lebih mudah.
Terbaharu, Google akan membenarkan pengguna memilih suara untuk Gemini melalui Gemini Voice.
Sama seperti Google Assistant, pengguna kelak boleh memilih suara Gemini dan tidak lagi terhad kepada satu seperti sekarang.
Assistant mempunyai 12 pilihan suara berbeza sekarang, sementara tangkapan layar aplikasi Google mendedahkan Gemini akan mempunyai dua suara iaitu Ruby dan River.
Saya amat mengharapkan suara yang lebih kurang sama Google Assistant diberikan kerana suara-suara ini sudah kedengaran natural.
Dengan pilihan Gemini Voices, Google turut mungkin akan menawarkan suara selebriti atau pempengaruh seperti Meta AI.
Baru-baru ini telah kami laporkan Google Labs ingin menawarkan chatbot AI berasaskan orang ternama dan Google Assistant turut pernah menggunakan suara penyanyi John Legend.
Apa-apa pun saya tidak sabar menantikan pilihan suara untuk Gemini. Saya percaya ciri ini akan diberikan kepada pengguna dalam masa terdekat asalkan Google tiada kemelut dengan suara selebriti seperti OpenAI dan Scarlett Johansson. -Amanz
Topic Berkaitan
#Google Gemini
#Gemini Voice
#Google Assistant
#pilihan suara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan