awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aksi mat rempit di lapangan terbang Kota Bharu memalukan - Anthony Loke
Wartawan alam sekitar terkemuka Datuk Karam Singh Walia meninggal dunia
Harga minyak dibuka lebih tinggi ketika konflik terus mengganggu bekalan global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Google labur €5.5 bilion, pusat AI baharu dilancar di Berlin

Bernama
Bernama
05/03/2026
03:40 MYT
Google labur €5.5 bilion, pusat AI baharu dilancar di Berlin
Pusat berkenaan akan menghimpunkan infrastruktur pengkomputeran awan, data serta operasi pembangunan AI, selain menyediakan ruang kerjasama untuk syarikat pemula dan pusat penyelidikan tempatan.
Google membuka pusat pembangunan kecerdasan buatan (AI) di Berlin pada Rabu, sebagai sebahagian daripada pelaburan €5.5 bilion di Jerman bagi memperkukuh infrastruktur digital dan inovasi teknologi negara itu.
Menurut Kementerian Hal Ehwal Digital Jerman, pusat berkenaan akan menghimpunkan infrastruktur pengkomputeran awan, data serta operasi pembangunan AI, selain menyediakan ruang kerjasama untuk syarikat pemula dan pusat penyelidikan tempatan.
Eropah kini berusaha mengejar Amerika Syarikat dan China dalam pembangunan teknologi AI, ketika kedua-dua kuasa besar itu melabur besar-besaran dalam sektor berkenaan.
Pembukaan pusat AI Google ini dilihat sebagai langkah penting dalam memperkukuh kapasiti Jerman untuk bersaing dalam teknologi masa depan.
Pelaburan itu turut melibatkan pembinaan pusat data baharu serta pengubahsuaian pejabat Google di Berlin, termasuk penambahan tiga tingkat baharu dengan bilik mesyuarat dan ruang demonstrasi.
Canselor Friedrich Merz sebelum ini menegaskan tekad kerajaan untuk memulihkan daya saing ekonomi negara melalui kepimpinan dalam teknologi.
Menteri Kewangan Lars Klingbeil pula baru-baru ini berkata Jerman perlu kembali menjadi peneraju teknologi sebagai teras kepada model ekonomi negara.
Walaupun terdapat usaha memperkukuh infrastruktur digital, pakar industri menegaskan cabaran kekal besar, termasuk kekurangan kapasiti pengkomputeran berbanding Amerika Syarikat serta peruntukan kerajaan yang masih kecil untuk pembangunan AI.
Namun, pelaburan Google dianggap sebagai perkembangan positif yang mampu mengurangkan kebergantungan teknologi Eropah.
Topic Berkaitan
#Google
#pusat AI Berlin
#kecerdasan buatan
#pelaburan teknologi
#Jerman
#digital Eropah
#infrastruktur data
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan