awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aplikasi pemesejan XChat diperkenal, saingi WhatsApp dan Telegram
Tentera Darat AS perkenal inisiatif AI bantu anggota ketika operasi di lapangan
Liga Super: Pengadil tiup wisel awal, barisan kejurulatihan Selangor minta penjelasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Google perkenal Nano Banana 2, tingkat ketepatan imej dan teks dalam penjanaan AI

Astro AWANI
Astro AWANI
27/02/2026
03:50 MYT
Google perkenal Nano Banana 2, tingkat ketepatan imej dan teks dalam penjanaan AI
Nano Banana 2 memanfaatkan pangkalan pengetahuan dunia sebenar Gemini serta maklumat masa nyata daripada carian web bagi menjana imej, infografik dan diagram yang lebih tepat. -Foto Amanz
GOOGLE hari ini memperkenalkan Nano Banana 2, juga dikenali sebagai Gemini 3.1 Flash Image, iaitu model penjanaan imej kecerdasan buatan (AI) terbaharu yang menawarkan peningkatan signifikan berbanding generasi sebelumnya.
Model ini dibina untuk menjana imej dengan lebih konsisten dan menghasilkan teks yang lebih jitu, lapor Amanz.
Nano Banana 2 memanfaatkan pangkalan pengetahuan dunia sebenar Gemini serta maklumat masa nyata daripada carian web bagi menjana imej, infografik dan diagram yang lebih tepat.
Ciri ini membolehkan pengguna menghasilkan visual yang lebih berkonteks, termasuk grafik pendidikan, carta dan kandungan data.
Google turut menambah baik kebolehan penjanaan teks dalam imej, termasuk terjemahan dan penyetempatan teks dengan ketepatan lebih tinggi.
Ia sekali gus mengurangkan masalah teks kabur atau tersilap ejaan yang lazim dalam model sebelum ini.
Dari aspek konsistensi visual, model baharu ini mampu mengekalkan sehingga 14 objek dalam satu janaan bersiri, selain memastikan watak atau subjek utama kekal stabil antara setiap imej.
Pengguna juga boleh menjana imej sehingga resolusi 4K serta dalam pelbagai nisbah mengikut keperluan projek.
Nano Banana 2 kini ditawarkan secara berperingkat dalam aplikasi Gemini serta beberapa perkhidmatan Google lain. Ia menggantikan model terdahulu sebagai pilihan lalai bagi kebanyakan mod penjanaan imej.
Topic Berkaitan
#Google Nano Banana 2
#Gemini 3.1 Flash Image
#penjanaan imej AI
#kecerdasan buatan Google
#Gemini AI
#imej 4K
#infografik AI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan