awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump beri ultimatum 48 jam kepada Iran berkaitan Selat Hormuz
SPRM tahan mantan pengerusi disyaki seleweng dana kuil RM50,000
Konflik Asia Barat: Operasi haji 1447H berjalan seperti dijadual, Mekah aman - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Google, Samsung bangun ciri ‘Tap to Share’ seakan NameDrop

Astro AWANI
Astro AWANI
31/03/2026
03:36 MYT
Google, Samsung bangun ciri ‘Tap to Share’ seakan NameDrop
Ciri tersebut, yang sebelum ini dikenali sebagai Gesture Exchange sejak Nov tahun lalu, dijangka diperkenalkan secara rasmi bersama sistem operasi Android 17. -Foto Amanz
Google dan Samsung dilapor bekerjasama membangunkan ciri perkongsian fail baharu, Tap to Share, yang menawarkan fungsi seakan NameDrop pada peranti iPhone.
Menurut laporan Amanz, ciri berkenaan ditemui dalam binaan terbaharu Android Canary dan antara muka One UI 9 milik Samsung.
Pembangunan itu membolehkan pengguna memindahkan fail atau maklumat peribadi dengan menyentuhkan dua peranti Android berdekatan tanpa perlu membuka aplikasi secara manual.
Ciri tersebut, yang sebelum ini dikenali sebagai Gesture Exchange sejak Nov tahun lalu, dijangka diperkenalkan secara rasmi bersama sistem operasi Android 17.
Ia menggunakan protokol Quick Share bagi memastikan proses pemindahan data berlaku dengan pantas dan cekap.
Langkah ini dilihat sebagai usaha merapatkan jurang teknologi antara ekosistem Android dan iOS, sekali gus membuka potensi untuk Tap to Share dan NameDrop berfungsi merentas peranti Pixel, Galaxy S26 dan iPhone pada masa hadapan.
Sebagai rekod, Apple memperkenalkan NameDrop pada iOS 17 bagi memudahkan perkongsian maklumat hubungan antara pengguna iPhone dan Apple Watch melalui sentuhan fizikal peranti.
Topic Berkaitan
#Google
#Samsung
#Tap to Share
#Android 17
#One UI 9
#Quick Share
#NameDrop
#NFC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan