awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lima realiti ekonomi Malaysia yang sering diabaikan menurut Bank Dunia
Mekanisme SPENT beri peluang kedua bekas banduan
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Google Tasks kini diintegrasi sepenuhnya dalam Google Calendar

Amanz
Amanz
25/11/2024
04:00 MYT
Google Tasks kini diintegrasi sepenuhnya dalam Google Calendar
Google masih meneruskan sokongan aplikasi Tasks dan tiada sebarang indikasi bahawa aplikasi ini akan dihentikan. - Foto Amanz
PADA tahun 2018, Google Tasks dilancarkan sebagai aplikasi untuk mencipta senarai tugasan. Ia adalah satu lagi aplikasi Google yang mengelirukan kerana ciri sama boleh dilakukan pada Keep dan Calendar.
Ini membuatkan Google secara perlahan mengintegrasikan Tasks terus ke Calendar dan terbaru, integrasi penuh akan diperkenalkan.
Sebelum ini, integrasi Tasks pada Calendar hanya membenarkan pengguna lihat dan cipta Tasks yang ada tempoh tamat.
Kemas kini terbaru ini mengintegrasikan Tasks sepenuhnya ke dalam Calendar, membenarkan pengguna melakukan perkara sama yang ada dalam aplikasi Tasks sendiri.
Ia juga menggunakan antaramuka terkini dengan paparan cards serta butang terapung aksi di bawah.
Mengejutkan, Google masih meneruskan sokongan aplikasi Tasks dan tiada sebarang indikasi aplikasi ini akan dihentikan.
Dengan kemas kini baharu ini, adakah anda akan kekal menggunakan aplikasi Google Tasks atau menggunakan apa yang telah ditawarkan di dalam Google Calendar sahaja?
Sumber: Google
Topic Berkaitan
#Google
#Tasks
#calendar
#tugasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan