awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
Harga barangan dan makanan KLIA disaran lebih berpatutan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Grab beri jaminan tidak naikkan caj akibat monopoli - Nancy

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
02/04/2018
04:48 MYT
Grab beri jaminan tidak naikkan caj akibat monopoli - Nancy
Tindakan akan diambil jika Grabcar didapati menaikkan harga perkhidmatan mereka.
Syarikat perkhidmatan e-hailing, Grabcar memberi jaminan kepada kerajaan bahawa mereka tidak akan menaikkan caj perkhidmatan tersebut selepas mengambil alih Uber.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri berkata pihaknya melalui Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) akan mengambil tindakan melalui akta sedia ada.
"Kalau berlaku dari segi diskriminasi, memonopolikan harga dan mereka mengambil peluang daripada keadaan yang berlaku, maka kita (kerajaan) akan mengambil tindakan melalui Akta Persaingan 2010.
"Perkara ini kita bekerjasama dengan MyCC - di mana mereka (MyCC) memantau dan kami juga memantau," ujarnya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) yang bertanyakan apakah langkah yang diambil oleh kerajaan susulan Grab yang mengambil alih operasi Uber di Asia Tenggara.
Tambah Nancy, beliau tidak mahu tindakan monopoli caj dan perniagaan akan menjejaskan peluang pemandu yang memilih untuk menyertai e-hailing akan terjejas.
Malah, ia juga merupakan galakan kepada pemandu-pemandu teksi untuk berhijrah kepada perkhidmatan e-hailing.
Topic Berkaitan
#caj perkhidmatan
#Dewan Rakyat
#e-hailing
#GrabCar
#MyCC
#Nancy Shukri
#Suruhanjaya Persaingan Malaysia
#Uber
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan