awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Jaringan tunggal Gabriel lonjak The Cats ke tangga kedua
Anggota pasukan pengaman PBB cedera dalam serangan ke atas posisi UNIFIL di selatan Lubnan
Permohonan penggantungan tidak jejas prinsip hak 40 peratus Sabah - Mustapha
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Greece sahkan kapal tangki berdaftar di negara itu diserang di Laut Hitam

Bernama
Bernama
14/03/2026
14:44 MYT
Greece sahkan kapal tangki berdaftar di negara itu diserang di Laut Hitam
Sebuah kapal tangki berdaftar di Greece telah diserang berhampiran pelabuhan Laut Hitam Novorossiysk, Rusia pada awal pagi Sabtu, kata Menteri Hal Ehwal Maritim dan Dasar Kepulauan Greece, Vasilis Kikilia. - Gambar fail/REUTERS/Yoruk Isik

Sebuah kapal tangki berdaftar di Greece telah diserang berhampiran pelabuhan Laut Hitam Novorossiysk, Rusia pada awal pagi Sabtu, kata Menteri Hal Ehwal Maritim dan Dasar Kepulauan Greece, Vasilis Kikilias, lapor Xinhua.

Bercakap kepada penyiar nasional Greece ERT, Kikilias berkata kapal itu mengalami kerosakan material yang terhad, dan kesemua 24 kru di atas kapal, termasuk 10 warga Greece, berada dalam keadaan selamat.

Kerajaan Greece mungkin akan membangkitkan isu itu di peringkat Eropah jika perlu, katanya, sambil menyifatkan serangan ke atas kapal komersial yang berdaftar di Greece sebagai "tidak boleh diterima dan amat berbahaya."

Kapal berkenaan telah berlepas dari pelabuhan Thessaloniki di utara Greece tanpa membawa sebarang kargo dan dijadualkan untuk mengangkut minyak.

Kapal itu telah disewa oleh syarikat tenaga Amerika Syarikat (AS), Chevron.

Pihak berkuasa sedang menyiasat punca serangan itu, yang mungkin melibatkan dron atau peluru berpandu kecil, kata Kikilias, sambil menyatakan bahawa insiden serupa telah berlaku di rantau Laut Hitam yang lebih luas dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

-- BERNAMA-XINHUA

Topic Berkaitan
#Greece
#kapal tangki
#diserang
#pelabuhan Novorossiysk
#Laut Hitam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan