awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes jenayah turun sepanjang Ops Selamat 25 dan 26
Pembenihan awan di selatan tanah air dipertingkat - Ahmad Zahid
Hubungan Malaysia-Thailand diperkukuh melalui diplomasi budaya - Gobind
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

GSF 2.0: Ahmad Faezal, peserta pertama pelayaran ke Gaza

GSF 2.0: Ahmad Faezal, peserta pertama pelayaran ke Gaza
GSF 2.0: Ahmad Faezal, peserta pertama pelayaran ke Gaza
16/02/2026
11:06 MYT
GSF 2.0: Ahmad Faezal, peserta pertama pelayaran ke Gaza
Pempengaruh media sosial dan penganalisis geopolitik, Ahmad Faezal dipilih sebagai calon pertama untuk menyertai pelayaran Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 bersama Misi Sumud Nusantara. - Facebook Ahmad Faezal
Pempengaruh media sosial dan penganalisis geopolitik, Ahmad Faezal dipilih sebagai calon pertama untuk menyertai pelayaran Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 bersama Misi Sumud Nusantara.
Perkara itu diumumkan menerusi satu perkongsian oleh Jawatankuasa Pemandu GSF, Nadir Al-Nuri menerusi satu hantaran di media sosialnya.
Pada masa sama, Ahmad Faezal juga mengesahkan perkara tersebut menerusi hantaran terbaharunya dalam media sosial.
‘’Pertama sekali saya nak cakap yang benda ni takkan sesekali menjadi tanpa sokongan korang tapi the biggest elephant in the room adakah saya akan terima?
“Well di depan saya ni adalah Laut Mediterranean, di mana suatu hari nanti Insya-Allah pada 29 Mac, Sumud akan dilancarkan daripada pelabuhan-pelabuhan yang dipilihnya tu menyusuri laut sama saya duk tengok tu dan depan laut ini jugalah saya nak maklumkan I’ve already accepted (saya sudah pun menerima).
‘’Dari tahun lalu lagi saya telah pun banyak berdoa for this to happen and now it has happened (agar ia terjadi, dan sekarang ia sudah terjadi),” katanya.
Pada awal Februari, GSF menerusi satu kenyataan mengumumkan hasrat menghantar misi kemanusiaan terbesarnya ke Gaza melalui laut dan darat pada 29 Mac depan.
Flotila itu dilaporkan akan berlepas dari Barcelona,Itali, Tunisia serta negara Mediterranean lain, manakala konvoi darat akan bergerak menuju Gaza dari Afrika Utara.
Misi itu akan melibatkan lebih 1,000 petugas perubatan, selain pendidik, jurutera, pasukan pembinaan semula, penyiasat jenayah perang dan genosid, serta pemerhati undang-undang yang mendokumentasikan pelanggaran undang-undang antarabangsa.
Topic Berkaitan
#Global Sumud Flotilla
#GSF
#Gaza
#Ahmad Faezal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan