awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gudang kepak ayam haram: 50 peratus siasatan selesai - SPRM

Bernama
Bernama
10/10/2018
09:06 MYT
Gudang kepak ayam haram: 50 peratus siasatan selesai - SPRM
September lalu, sebuah akhbar nasional melaporkan gudang ayam itu beroperasi secara haram dengan menyeludup kepak ayam dari negara jiran yang mana penyembelihannya diragui dan dipasarkan di Sarawak serta Sabah. - Gambar hiasan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak sudah menyiapkan kira-kira 50 peratus siasatan mengenai sebuah gudang penyimpanan kepak ayam yang disyaki beroperasi secara haram di Miri sejak 30 tahun lalu, kata pengarahnya, Razim Mohd Noor.
"Siasatan masih belum lengkap, tetapi sudah lebih 50 peratus kita siapkan. Beberapa faktor seperti yang terlibat tidak ada di Sarawak atau orang yang kita nak dapatkan maklumat lanjut tidak berada di sini menyebabkan siasatan masih berjalan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Mesra Bersama Media di Pusat Informasi Islam (IIC) di sini, hari ini.
Pada September lalu, sebuah akhbar nasional melaporkan gudang ayam itu beroperasi secara haram dengan menyeludup kepak ayam dari negara jiran yang mana penyembelihannya diragui dan dipasarkan di Sarawak serta Sabah.
Sementara itu, mengulas mengenai siasatan pembelian sebuah pesawat DA424M-NG Diamond bernilai RM35 juta oleh Jabatan Hutan Sarawak, Razim berkata siasatan kes tersebut masih lagi dilakukan.
"Saya tidak boleh komen sangat, tetapi apa yang saya boleh beritahu kes tersebut dalam siasatan SPRM Ibu Pejabat, ada pasukan telah pergi ke luar negara (negara jiran) untuk melakukan siasatan," katanya. -- Bernama
Topic Berkaitan
#gudang haram
#kepak ayam
#sprm sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan