awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Punca lelaki maut ditetak dipercayai akibat perselisihan antara kumpulan
Luluh hati ibu lihat anak cuba kejut adik maut dalam nahas
Sekumpulan individu lepaskan tembakan berhampiran konsulat Israel di Istanbul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guna berus bulu babi, sijil halal kilang proses kopi ditarik balik

Bernama
Bernama
02/04/2026
03:10 MYT
Guna berus bulu babi, sijil halal kilang proses kopi ditarik balik
Hasil pemeriksaan mendapati penggunaan berus diperbuat daripada bulu haiwan itu jelas melanggar syarat pensijilan halal yang ditetapkan.
Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menarik balik sijil perakuan halal sebuah kilang memproses kopi di negeri itu selepas didapati menggunakan berus diperbuat daripada bulu babi untuk membersihkan peralatan kilang.
Keputusan itu dibuat susulan pemeriksaan halal yang dijalankan oleh Bahagian Pengurusan Halal, JAIM pada Januari lalu, yang mendapati pekerja kilang berkenaan menggunakan berus berasaskan bulu haiwan dalam proses pembersihan peralatan.
Pengarah JAIM, Datuk Md Azhan Samat, berkata kilang terbabit telah beroperasi lebih 10 tahun dan merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati penggunaan berus diperbuat daripada bulu haiwan itu jelas melanggar syarat pensijilan halal yang ditetapkan.
“Berus terbabit telah dirampas dan dihantar ke Pusat Analisis Halal Malaysia (MYHAC) di Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan untuk analisis lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata keputusan analisis yang diterima pada Mac lalu mengesahkan berus berkenaan mempunyai ciri-ciri fizikal bulu babi. Susulan itu, sijil halal SPHM kilang terbabit ditarik balik serta-merta.
Md Azhan menjelaskan antara alasan yang dikemukakan pihak kilang adalah pekerja tidak mengetahui bahawa penggunaan berus berasaskan bulu haiwan di premis pemprosesan makanan merupakan satu kesalahan, namun alasan tersebut tidak boleh diterima.
Beliau menegaskan JAIM akan terus mempergiat pemantauan ke atas semua premis pemegang SPHM di negeri itu bagi memastikan integriti dan kredibiliti pensijilan halal sentiasa terpelihara.
Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan umat Islam supaya sentiasa peka dan berhati-hati dalam memilih produk makanan dengan mengutamakan barangan yang diperakui halal oleh JAKIM.
Topic Berkaitan
#sijil halal
#berus bulu babi
#JAIM
#JAKIM
#kilang kopi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan