awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gunung Agung meletus: AirAsia batal penerbangan ke Bali, Lombok

Shafizan Johari
Shafizan Johari
26/11/2017
09:34 MYT
Gunung Agung meletus: AirAsia batal penerbangan ke Bali, Lombok
Gunung Agung meletus buat kali kedua dalam tempoh seminggu semalam mengeluarkan asap tebal setinggi 1,500 meter. - AP Photo/Wayan Wijaya
Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia membatalkan sekurang-kurangnya 32 penerbangan membabitkan sektor Bali dan Lombok hari ini susulan letusan Gunung Agung di Bali, Indonesia.
Dalam satu kenyataan, syarikat penerbangan tambah murah itu memaklumkan pihaknya sedang mengikuti rapat perkembangan berkenaan dan berkomunikasi dengan pihak berkuasa Indonesia bagi menjamin keselamatan penumpang.
Semua penumpang yang terjejas diberikan dua pilihan pertama, mereka boleh menukar tarikh perjalanan dengan destinasi sama dalam tempoh 30 hari bermula waktu asal penerbangan dibatalkan tanpa dikenakan sebarang kos tetapi bergantung kepada kekosongan tempat duduk.
"Manakala kedua, iaitu mengekalkan nilai tambang anda dalam akaun kredit untuk perjalanan masa depan dengan AirAsia. Akaun Kredit dalam talian yang akan ditebus dalam tempoh 90 hari tarikh pengeluaran," kata kenyataan itu.
Para penumpang boleh membuat semakan di laman web AirAsia www.airasia.com untuk maklumat lanjut.
Gunung Agung meletus buat kali kedua dalam tempoh seminggu semalam dengan mengeluarkan asap tebal setinggi 1,500 meter.
Ia dilaporkan masih mengeluarkan asap sehingga pagi tadi.
Topic Berkaitan
#AirAsia
#Bali
#bercuti
#cuti sekolah
#Denpasar
#Gunung Agung
#gunung berapi
#Indonesia
#keselamatan
#KLIA
#lapangan terbang
#Medan
#penerbangan
#percutian
#tiket
#tiket murah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan