awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
RUU Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2026 dibentangkan di Dewan Rakyat
Sultan Terengganu pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-271
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gunung Kinabalu dibuka untuk pendakian esok - Masidi

Bernama
Bernama
09/03/2018
12:42 MYT
Gunung Kinabalu dibuka untuk pendakian esok - Masidi
Pasukan peninjau yang melakukan pemeriksaan hari ini hanya mendapati kerosakan kecil pada laluan puncak Gunung Kinabalu. - Gambar hiasan
Tiada kerosakan pada laluan puncak Gunung Kinabalu dan aktiviti pendakian dibuka semula kepada orang ramai esok selepas ditutup sementara malam tadi susulan kejadian gempa bumi, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun.
Katanya, pasukan peninjau terdiri daripada 47 orang yang melakukan pemeriksaan hari ini hanya mendapati kerosakan kecil pada laluan tersebut.
"Tinjauan bermula dari Pondok Timpohon ke Kemuncak Low di kilometer 8.72 (4,095 meter dari paras laut). Bangunan penginapan di kawasan Panalaban juga tidak terjejas," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Masidi, pasukan peninjau itu disertai wakil Taman-Taman Sabah, malim gunung, Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung (Mosar), porter gunung, Sutera Sanctuary Lodges (SSL) dan Mountain Torq.
BACA: Gempa bumi Sabah: "Jangan gegar katil bah!"
BACA: "Kami sangat bernasib baik kerana setakat ini, semua pendaki selamat"
BACA: "Ketika gegaran, kami dengar bunyi yang kuat"
Beliau berkata malam ini, Pengarah Taman-Taman Sabah Dr Jamili Nais bersama sembilan stafnya, anggota Mosar dan staf SSL akan bermalam di kawasan Panalaban (3,272 meter dari paras laut) sebagai langkah tambahan untuk memastikan keadaan telah kembali selamat.
Gempa bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Richter menggegarkan Ranau dan beberapa kawasan di pantai barat Sabah pada 9.06 malam tadi.
Seramai 239 orang, termasuk 130 pendaki berada di Panalaban ketika kejadian dan dibawa turun dengan bantuan Mosar dan malim gunung.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#Gunung Kinabalu
#kerosakan
#Masidi Manjun
#pelancongan
#tutup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan