awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sekurang-kurangnya 11 rakyat Palestin terkorban dalam bedilan Israel di tengah Gaza - Sumber
Konflik Asia Barat: Iran kemuka cadangan akhiri perang, tolak gencatan senjata sementara - IRNA
Kerajaan gabungan baharu Thailand angkat sumpah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gunung Merapi muntah dua aliran piroklastik, bergerak hingga 1.6 km barat daya

Bernama
Bernama
16/03/2026
06:58 MYT
Gunung Merapi muntah dua aliran piroklastik, bergerak hingga 1.6 km barat daya
Pihak berkuasa mengekalkan status berjaga-jaga untuk Merapi pada Tahap III atau "Siaga". - Gambar/ Reuters
Gunung Merapi, yang terletak di sempadan antara Yogyakarta dan Jawa Tengah, melepaskan dua aliran piroklastik atau abu dan gas yang bergerak pantas, pada pagi Isnin, dengan aliran bergerak sejauh 1.6 kilometer (km).
Ketua Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Teknologi Bencana Geologi (BPPTKG) di Yogyakarta, Agus Budi Santoso berkata aliran itu bergerak ke arah barat daya iaitu ke arah Kali Krasak, berdasarkan pemerhatian dari tengah malam hingga 6 pagi waktu tempatan.
“Dalam tempoh sama, gunung berapi itu merekodkan 49 gempa bumi batu dengan amplitud antara dua hingga 41 milimeter dengan tempoh kira-kira 58 hingga 182 saat.
“Sebanyak 14 lagi gempa bumi hibrid atau pelbagai fasa turut dikesan, dengan amplitud antara dua hingga 30 milimeter dan tempoh kira-kira 27 hingga 50 saat,” katanya menurut Agensi Berita ANTARA pada Isnin.
Beliau berkata BPPTKG turut melaporkan 20 runtuhan lahar bergerak ke arah Kali Krasak dengan jarak maksimum 1.8 km manakala 13 lagi runtuhan lahar diperhatikan menghala ke Kali Sat/Putih dalam arah yang sama dengan jarak runout yang sama.
“Secara visual, gunung berapi itu jelas kelihatan dengan asap kawah putih lemah menjulang kira-kira 500 meter di atas puncak. Cuaca di sekitar gunung berjulat dari mendung hingga cerah, dengan suhu antara 17.2 dan 19.2 darjah Celsius," katanya.
Laporan BPPTKG dari 6 hingga 12 Mac mencatatkan perubahan dalam morfologli atau bentuk kubah lava barat daya Merapi disebabkan oleh runtuhan lava berterusan dan perubahan dalam jumlah kubah, namun tiada perubahan ketara diperhatikan pada kubah lava pusat.
Pihak berkuasa mengekalkan status berjaga-jaga untuk Merapi pada Tahap III atau "Siaga", dengan potensi bahaya pada masa ini termasuk runtuhan lava dan aliran piroklastik di selatan ke sektor barat daya, yang menjejaskan kawasan sepanjang Sungai Boyong hingga 5 km dari puncak.
Jika letupan berlaku, bahan gunung berapi boleh mencecah hingga 3 km radius dari puncak.
.-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yogyakarta
#Gunung Merapi
#gunung berapi
#Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan