awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru didakwa lakukan kelucahan melampau pada anak murid lelaki

Bernama
Bernama
10/11/2016
07:49 MYT
Guru didakwa lakukan kelucahan melampau pada anak murid lelaki
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di dalam tandas guru di sebuah sekolah di Kuala Lumpur antara Julai hingga September 2016. - Gambar hiasan
Seorang guru sekolah rendah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan melakukan perbuatan kelucahan melampau terhadap seorang murid lelaki berusia 10 tahun.
Asman Ambo Sakka, 35, didakwa melakukan kesalahan itu di dalam tandas guru di sebuah sekolah di sini pada 7 pagi, antara Julai hingga September 2016 mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.
Hakim Datin M.Kunasundary membenarkan tertuduh yang berasal dari Sabah itu diikat jamin RM15,000 oleh seorang penjamin dengan beberapa syarat tambahan iaitu tidak boleh berhubung dengan mangsa dan keluarganya.
Tertuduh juga perlu melaporkan diri setiap sebulan sekali di balai polis berhampiran sehingga kes selesai dan menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Liyana Zawawi Mohd Radzi tidak menawarkan jaminan namun beliau berkata sekiranya mahkamah memberikan jaminan jumlahnya perlu melebihi RM10,000 serta syarat tambahan iaitu tertuduh tidak boleh menghampiri mangsa.
Peguam Azi Azlin Zulkifli yang mewakili tertuduh memohon mahkamah memberikan jaminan yang rendah kerana anak guamnya yang masih bujang itu menyumbang kepada pendapatan keluarganya. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Asman Ambo Sakka
#kelucahan melampau
#Mahkamah Sesyen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan