awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
China bangunkan pemacu gelombang mikro 20GW yang mampu lumpuhkan satelit
Malaysia, India terus perkasa kerjasama termasuk perdagangan, kestabilan serantau - Mohamad Hasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru diperintah bela diri tuduhan paksa murid lakukan seks oral

Bernama
Bernama
05/07/2022
10:31 MYT
Guru diperintah bela diri tuduhan paksa murid lakukan seks oral
Hakim Hanipah yang mengetuai panel itu berkata mahkamah mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Mohd Noor Zaini, 48. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini hari ini memerintahkan seorang guru membela diri atas pertuduhan memaksa tiga murid perempuan melakukan seks oral terhadapnya hampir enam tahun lepas.
Panel tiga hakim terdiri daripada Hakim Datuk Hanipah Farikullah, Datuk Wira Ahmad Nasfy Yasin dan Datuk Ghazali Cha membenarkan rayuan pendakwaan untuk mengetepikan keputusan mahkamah rendah yang melepas dan membebaskan Mohd Noor Zaini Zulkifli daripada pertuduhan itu di akhir kes pendakwaan.
Dalam keputusan itu, Hakim Hanipah yang mengetuai panel itu berkata mahkamah mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Mohd Noor Zaini, 48.
Beliau memerintahkan Mohd Noor Zaini untuk membela diri dan menghantar semula kes itu ke Mahkamah Sesyen Ampang.
Hakim Hanipah juga menetapkan 19 Julai untuk sebutan semula kes di Mahkamah Sesyen.
Mohd Noor Zaini yang kini digantung tugas, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen terhadap pertuduhan itu tanpa dipanggil membela diri.
Pihak pendakwaan merayu di Mahkamah Tinggi tetapi ditolak menyebabkan pihak pendakwaan mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan.
Mohd Noor Zaini didakwa atas tiga pertuduhan memaksa tiga murid perempuan yang ketika itu berumur sembilan tahun melakukan seks oral di bilik muzik di sebuah sekolah rendah di Ampang pada 3.35 petang, 19 Okt 2016.
Dia didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Atiqah Abdul Karim mewakili pihak pendakwaan manakala peguam Ariff Azami Hussein mewakili Mohd Noor Zaini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#guru
#seks oral
#Mahkamah Rayuan
#Mohd Noor Zaini Zulkifli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan