awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UM siasat dakwaan pensyarah kanan terlibat Freemason
Suspek tembakan Kanada dikenal pasti remaja perempuan berusia 18 tahun
Bintang ‘Dawson’s Creek’, James Van Der Beek meninggal dunia pada usia 48 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru koma selepas dijangkiti kuman akibat kencing tikus

Astro Awani
Astro Awani
10/08/2016
14:16 MYT
Guru koma selepas dijangkiti kuman akibat kencing tikus
Yusri dipercayai dijangkiti ketika menyertai aktiviti berkayak di Sungai Ketil, dekat Baling, 15 Julai lalu. - Foto Astro AWANI
Seorang guru berada dalam keadaan kritikal selepas menjadi mangsa leptospirosis atau dijangkiti kuman akibat kencing tikus.
Yusri Yaacob, 41, dari Bandar Darulaman, Jitra, kini berada dalam keadaan koma dan sedang mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah di sini.
Menurut ibu mangsa, Maznah Ismail, anak sulung dari lapan beradik itu mula mengalami demam dan muntah sejak 29 Julai lalu dan isteri mangsa, Nur Yana Omar, 41, pada mulanya hanya menghantar suaminya ke klinik swasta untuk mengambil ubat demam.
Bagaimanapun, situasi semakin buruk dan Yusri dibawa ke hospital Sultanah Bahiyah di sini pada 2 Ogos lalu untuk pemeriksaan lanjut sebelum dimasukkan ke ICU setelah tidak sedarkan diri.
“Kata sakit jantung, lepas itu beri ubat. Jadi dia pun berubah rupa. Makcik telefon dan hospital di Alor Setar suruh hantar ke sini. Bukan demam biasa tetapi ingatkan sakit jantung. Bila tiba di hospital katanya kencing tikus,” katanya yang ditemui di sini hari ini.
Dia dipercayai dijangkiti ketika menyertai aktiviti berkayak di Sungai Ketil, dekat Baling, 15 Julai lalu.
Difahamkan seorang lagi guru sekolah terbabit yang menyertai aktiviti itu turut dijangkiti leptospirosis tetapi stabil dan kini dirawat di hospital swasta di Sungai Petani.
Topic Berkaitan
#Hospital Sultanah Bahiyah
#kencing tikus
#leptospirosis
#Yusri Yaacob
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan