awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM kerjasama SFO UK siasat transaksi RM2.5 bilion IJM Corp - Azam Baki
Budak lelaki ditahan selepas dua murid ditikam di sebuah sekolah di London
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru komited, pastikan PdPR lancar demi ilmu pelajar

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
17/05/2021
01:05 MYT
Guru komited, pastikan PdPR lancar demi ilmu pelajar
Dunia pendidikan kini menuntut seorang guru itu lebih banyak menguasai bidang teknologi seiring dengan perubahan masa. - Astro AWANI
BUTTERWORTH: Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bagi sesi persekolahan bermula Isnin diyakini akan berjalan lancar.
Bagi guru Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Telok Ayer Tawar, Butterworth, Hashim Johari, beliau lebih bersedia mengendalikan kelas PdPR kali ini selepas mengharungi pelbagai cabaran tersendiri sebelum ini.
Menurutnya mengadakan sesi PdPR semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memerlukan kesabaran tinggi memandangkan bukan mudah untuk menerapkan norma baharu dalam pengajaran murid.
Namun, demi memastikan proses pembelajaran murid murid yang sedang bersekolah tidak terjejas, seboleh mungkin Hashim akan menjalankan tanggungjawab mendidik anak murid walau dalam apa jua keadaan.
"Cabarannya adalah untuk menyesuaikan murid dengan norma baharu dan ini mengambil masa.
"Berbanding PdPR 1.0, kali ini kami lebih bersedia," katanya.
Menurutnya, sebagai guru, dia perlu bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan berikutan situasi dunia pendidikan kini tidak seperti sebelum ini.
Malah dunia pendidikan kini menuntut seorang guru itu lebih banyak menguasai bidang teknologi seiring dengan perubahan masa.
"Bagi saya, kami perlu sentiasa dinamik dengan masa. Para murid serta guru perlu bersedia dengan segala situasi," jelasnya.
Hashim yang juga guru pendidikan Islam berkata, bermula Isnin, PdPR akan mula dijalankan semula bagi sesi persekolahan dan dia yakin semua pihak sudah bersedia berbanding PdPR pertama dahulu.
Bersempena dengan Hari Guru, Hashim berharap semua pihak akan lebih bersedia dengan perubahan dunia pendidikan kini yang sudah beralih ke arah pendidikan secara digital.
Topic Berkaitan
#PKP
#PdPR
#sekolah
#guru
#Hashim Johari
#Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah
#pelajar
#perintah kawalan pergerakan
#Sekolah Kebangsaan Telok Ayer Tawar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan