awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru parah ditetak tiga lelaki di hadapan rumah

Bernama
Bernama
12/02/2020
12:32 MYT
Guru parah ditetak tiga lelaki di hadapan rumah
Seorang guru ditetak ketika baru keluar rumah untuk ke tempat kerja. - Gambar hiasan
Seorang guru lelaki parah akibat ditetak oleh tiga lelaki di hadapan rumahnya di Taman Seri Impian, di sini, awal pagi ini.
Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Mohd Abduh Ismail berkata, polis menerima laporan mengenai kejadian itu daripada jiran guru berkenaan yang terdengar jeritan pada kira-kira pukul 7 pagi.
Beliau berkata, kejadian berlaku semasa guru berumur 37 tahun itu dikatakan baru keluar rumah untuk ke tempat kerja di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perdana, di sini apabila didatangi tiga suspek dengan menaiki sebuah kereta jenis Perodua Myvi.
"Mengikut keterangan pengadu (jiran), ketiga-tiga suspek memakai topeng muka dan menggunakan parang untuk menetak guru itu beberapa kali di bahagian kepala, tangan dan kaki," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
"Suspek tidak merosakkan atau melarikan barangan guru itu, jadi motif dipercayai akibat dendam. Tempat kejadian merupakan kawasan rumah jenis banglo setingkat," katanya dan menambah guru berkenaan kini berada dalam keadaan kritikal.
Mohd Abduh berkata kes sedang disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#di hadapan rumah
#guru parah ditetak
#Johor
#Kluang
#Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perdana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan