awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan nafi hantar 329,000 tong diesel ke Filipina, jangan buat spekulasi - MTEN
Bekalan bahan api negara masih stabil - Fuziah
Angka korban di Gaza meningkat kepada 72,328 sejak Oktober 2023
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru pusat jagaan ditahan disyaki terlibat kes pengabaian kanak-kanak

Bernama
Bernama
18/07/2024
15:40 MYT
Guru pusat jagaan ditahan disyaki terlibat kes pengabaian kanak-kanak
Seorang guru di pusat jagaan kanak-kanak di Kelana Jaya ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes pengabaian seorang kanak-kanak lelaki autisme berusia enam tahun hingga menyebabkan kecederaan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang guru di pusat jagaan kanak-kanak di Kelana Jaya di sini ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes pengabaian seorang kanak-kanak lelaki autisme berusia enam tahun hingga menyebabkan kecederaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Ja'afar berkata lelaki berusia 36 tahun itu ditahan di sekitar Ampang, Selangor pada 1.13 tengah hari, semalam susulan laporan yang dibuat bapa mangsa.
"Hasil siasatan awal, suspek didapati telah menendang, memukul dan menarik mangsa secara kasar hingga terjatuh daripada kerusi. Terdapat juga kesan gigitan di tangan mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 kerana melakukan pengabaian terhadap kanak-kanak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#guru pusat jagaan
#ditahan
#kes pengabaian kanak-kanak
#kanak-kanak lelaki autisme
#Polis Daerah Petaling Jaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan