awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru tikam anak guna pisau pemotong sayur direman tujuh hari

Bernama
Bernama
03/05/2025
03:20 MYT
Guru tikam anak guna pisau pemotong sayur direman tujuh hari
Seorang guru lelaki yang disyaki menikam anak lelakinya sebanyak dua kali menggunakan pisau pemotong sayur sehingga parah di Kampung Banggol Che Dol, Pohon Tanjung, Pasir Mas semalam, direman tujuh hari bermula hari ini. - Gambar Bernama
KOTA BHARU: Seorang guru lelaki yang disyaki menikam anak lelakinya sebanyak dua kali menggunakan pisau pemotong sayur sehingga parah di Kampung Banggol Che Dol, Pohon Tanjung, Pasir Mas semalam, direman tujuh hari bermula hari ini.
Perintah reman terhadap suspek berumur 47 tahun itu dikeluarkan Majistret Ahmad Syafiq Aizat Nazri di Mahkamah Majistret Kota Bharu di sini, hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan atas kesalahan cubaan bunuh.
Terdahulu, suspek tiba di Kompleks Mahkamah Kota Bharu dengan berpakaian lokap pada 8.44 pagi.
Semalam, media melaporkan seorang kanak-kanak lelaki 11 tahun cedera parah selepas ditikam dua kali oleh bapa kandungnya di bahagian dada dan perut menggunakan sebilah pisau pemotong sayur.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas ACP Kama Azural Mohamed berkata pihak polis menerima aduan daripada orang awam mengenai kejadian itu kira-kira 9.08 pagi.
Beliau berkata kejadian dipercayai berpunca daripada krisis rumah tangga dihadapi suspek yang kini dalam proses perceraian kali ketiga dengan isterinya.
Polis turut memaklumkan suspek dipercayai menghadapi masalah mental dan menerima rawatan psikiatrik sejak 2008.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#guru tikam anak
#pisau pemotong sayur
#reman
#Kampung Banggol Che Dol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan